Perempuan menari di depan jenazah

 VIDEO AI PEREMPUAN MENARI DEPAN JENAZAH

Perbuatan jelek yang tidak perlu dilayan, buang masa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti kandungan media sosial yang didakwa menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk memanipulasi rakaman Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berduka atas pemergian isterinya, Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

Portal berita Malaysiakini melaporkan semalam MCMC berkata pihaknya juga telah menghubungi platform media sosial berkaitan berhubung penyebaran kandungan tersebut.

“Sekiranya hasil penelitian mendapati adanya pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya boleh diambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Adalah difahamkan kenyataan itu merujuk kepada video AI menunjukkan seorang wanita menari di hadapan Mahathir dan hadirin ketika memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarhamah.

Menurut suruhanjaya itu, penggunaan teknologi untuk memanipulasi rakaman sebenar tidak boleh dipandang ringan kerana boleh mengelirukan orang ramai, memesongkan konteks sesuatu peristiwa serta menjejaskan maruah individu dan keluarganya.

Katanya, perbuatan itu lebih tidak wajar apabila melibatkan saat kehilangan dan kedukaan seseorang.

MCMC turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menghasilkan, memuat naik atau menyebarkan kandungan dimanipulasi yang boleh mengelirukan atau menjejaskan pihak lain.

Orang ramai juga digalakkan menyemak kesahihan sesuatu kandungan sebelum berkongsi, selain melaporkan bahan yang disyaki telah dimanipulasi kepada platform atau pihak berkuasa berkaitan.

“Teknologi tidak seharusnya digunakan untuk memutarbelitkan kebenaran atau mengeksploitasi kesedihan seseorang sehingga mengorbankan maruah dan nilai kemanusiaan,” katanya.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

It happens everywhere—Not only in our country

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat