Jika Tun Razak masih hidup, beliau mesti menangis kecewa, berdukacita

Pengasas Felda

SEORANG NEGARAWAN 

Tun Abdul Razak bin Hussien, dilahirkan pada 11 Mac, 1922 di Pekan Pahang. Beliau berasal daripada keluarga bangsawan. Ayah beliau, seorang pegawai tinggi Kerajaan Negeri dan mempunyai hubungan yang rapat dengan istana. Walau bagaimanapun, Tun Abdul Razak dibesarkan oleh datuknya, di Kampung Jambu Langgar. Beliau menerima pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu di Kampung Jambu Langgar, Pekan. Beliau kemudian menyambung pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan mendapat Sijil Cambridge, dalam masa empat tahun. Tun Abdul Razak kemudiannya melanjutkan pelajaran di Maktab Raffles dan seterusnya pergi ke London serta berjaya mendapat Ijazah Undang- Undang.

PASUKAN 13

Ketika pemerintahan tentera Jepun, Tun Abdul Razak dan kawan- kawannya menerbitkan akhbar mingguan bertajuk “The Gegaran Masa”. Beliau secara senyap- senyap telah bersama-sama pemuda- pemuda Melayu yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan tentera Jepun, menyertai ‘Force 136’ sebuah unit elit tentera bersekutu. Pasukan ini melancarkan perang gerila terhadap Jepun dan telah berjaya mensabotaj kegiatan tentera Jepun hingga menyerah kalah, Tun Abdul Razak sudah berpangkat kapten.

BAPA PEMBANGUNAN

Beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970 iaitu tidak beberapa lama tercetusnya Peristiwa 13 Mei, 1969. Beliau telah meletakkan asas pembangunan negara yang kukuh melalui projek- projek seperti Program Membasmi Kemiskinan, Program Membasmi Buta Huruf, Bumi Hijau dan sebagainya. Program Pembangunan Negara diseimbangkan dengan pembangunan rohani, melalui pembinaan masjid yang lebih banyak dan aktiviti keagamaan dipertingkatkan. Berikutan jasa beliau yang begitu banyak dan besar dalam pembangunan negara, beliau telah digelar Bapa Pembangunan.

MENINGGAL DUNIA SEMASA DALAM JAWATAN

Tun Abdul Razak cukup dikenali dengan kebijaksanaan dan kerajinannya. Beliau bekerja keras untuk membangunkan negara tanpa mempedulikan kesihatan dirinya sendiri. Beliau telah meninggal dunia di London pada 14 Januari 1976 dan ditangisi oleh setiap lapisan rakyat yang begitu menyayangi dan menghormatinya. Beliau meninggal dunia ketika masih menjadi Perdana Menteri, dalam usia 54 tahun kerana penyakit leukemia. Jenazah beliau disemadikan di Makam Pahlawan. Anak sulung Alkahyarham Tun Abdul Razak, Dato’ Seri Mohd Najib, menurut jejak langkah ayahandanya menceburi bidang politik dan menjadi Perdana Menteri Malaysia dari 2009 hingga 2018.

TUN ABDUL RAZAK

#1922-Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan Pahang#1934-Belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)#1947-Mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke England#1959- Dilantik Tunku Abdul Rahman sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar#1962-Melancarkan Buku Merah#1965- Sebagai Menteri Pelajaran, mengemukakan Penyata Razak#1966-Melancarkan Buku Hijau (Rancangan Malaysia Pertama)#1970-Menggerakkan usaha menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)#1971-Menggantikan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia#1976-Meninggal dunia di London.

Berdasarkan sumber maklumat dari Yadim

Nak buat macam mana, bila yang terang-terang tidak boleh dipercayai masih menjadi pilihan dan disanjung tinggi.

Tonton Video

Tekan lama pautan di bawah ini, diikuti dengan tekan Open.

https://vt.tiktok.com/ZSbX6PguC/

Sentimen bangsa dan agama dijadikan senjata. Tanpa sedikitpun rasa bersalah. Sampai bila?

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

It happens everywhere—Not only in our country

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat