Ku harap Anwar bakal bawa perubahan, rupanya macam PM-PM terdahulu juga

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas setiausaha politiknya, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador.
(Gambar Facebook diambil dari MalaysiaNow)

Syarikat ada kaitan dengan bekas setiausaha politik Anwar, Farhash dapat satu demi satu kontrak kerajaan, pembangkang bimbang

Sebuah portal berita pro-pembangkang semalam melaporkan Perikatan Nasional (PN) melahirkan kebimbangan terhadap kontrak RM190 juta yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan seorang penyokong setia Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan menggesa Putrajaya mendedahkan butiran kontrak lumayan yang diluluskan.

Pada Isnin 15 April 2024, Heitech Padu Bhd dilapor dianugerahkan kontrak tiga tahun bernilai RM190 juta oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan sokongan teknikal infrastruktur, termasuk untuk sistem MySikap.

Bulan lalu, bekas setiausaha politik Anwar, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador, melalui syarikatnya Rosetta Partners Sdn Bhd, muncul sebagai pelabur terbesar syarikat itu dengan kepentingan 15.91%.

Dalam satu kenyataan, PN berkata "kontrak demi kontrak" yang diperolehi Heitech Padu menimbulkan "kebimbangan dan persoalan" mengenai proses tender.

"Kebimbangan ini dizahirkan oleh rakyat apatah lagi antara pemegang saham utama Heitech Padu adalah merupakan bekas setiausaha politik kepada perdana menteri," MalaysiaNow memetik Encik Khairil Nizam Khirudin, yang mengetuai portfolio pengangkutan gabungan pembangkang itu, sebagai berkata.

Beliau memetik laporan bahawa syarikat itu telah memenangi kontrak sama dengan nilai RM36 juta pada 2021, yang kemudiannya diperbaharui pada 2023 pada nilai RM27 juta.

Nilai kontrak berganda

"Justeru wujud persoalan yang besar akan mengapa kontrak kali ini bernilai RM190 juta untuk 3 tahun? Ini menjadikan kontrak tersebut kini bernilai purata RM63 juta setahun. Kenaikan nilai yang amat besar ini perlu dijawab oleh kerajaan," katanya.

Beliau menyeru Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan supaya bersikap telus dalam semua proses tender melibatkan Heitech Padu.

“(Ini) termasuklah persoalan mengenai nilai kontrak yang tinggi serta senarai semua syarikat yang telah disenarai pendek bagi mendapatkan projek bernilai RM190 juta tersebut.

Anthony Loke tolong jangan jadi Pak Pacak!

"Terdahulu, Menteri Komunikasi Encik Fahmi Fadzil berkata Anwar, yang juga menteri kewangan, dan Menteri Pengangkutan Encik Anthony Loke telah memberi penjelasan berhubung kontrak diberikan kepada Heitech Padu dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Penafian mencurigakan

Fahmi berkata kontrak tersebut diluluskan oleh Kementerian Pengangkutan pada 2 Februari tahun lepas, dalam menolak anggapan ia ada kaitan dengan kedudukan Farhash.

“Jadi tidak ada kena mengena keberadaan mana-mana pihak Heitech untuk kelulusan,” kata Fahmi.

Pembelian saham HeiTech Padu oleh Farhash berlaku hanya sehari selepas MyEG Services Bhd pada 11 Mac memperoleh 14.4% kepentingan dalam syarikat itu pada harga RM31.25 juta.

Pada hari sama, HeiTech Padu mengumumkan kontrak Sistem Imigresen Malaysia (MyIMM) bernilai lebih RM13 juta dilanjutkan setahun lagi.

HeiTech Padu merupakan antara tiga syarikat yang disenarai pendek kerajaan untuk membangunkan projek Sistem Imigresen Bersepadu (NIISe) bernilai RM1 bilion bagi menggantikan MyIMM.

Ini bukan kali pertama Farhash yang juga bekas pengerusi PKR Perak menceburi dunia korporat yang melibatkan syarikat tersenarai yang ada hubungan rapat dengan kerajaan.

Sejak Anwar diangkat menjadi perdana menteri pada November 2022, Farhash dilantik pengerusi di tiga buah syarikat: 7-Eleven, iaitu rangkaian runcit dimiliki taikun Tan Sri Vincent Tan, sebuah firma broker saham dan syarikat fintech.

Amalan nepotisme dan kronisme dalam kerajaan Anwar?

Kes Farhash bukan satu-satunya yang menimbulkan kebimbangan mengenai nepotisme dan kronisme dalam kerajaan Anwar.

Sebelum ini, pelantikan anak sulung perdana menteri, Puan Nurul Izzah Anwar, yang tewas dalam pilihan raya lalu, sebagai penasihat ekonomi dan kewangan untuk bapanya, menerima kecaman ramai.

Naib presiden PKR itu kini merupakan penasihat Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional, sebuah agensi di bawah kementerian kewangan diketuai bapanya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri

Tokoh bergelar Datuk di Terengganu dan isteri didakwa buat tuntutan palsu agihan zakat, melalui syarikat isteri