Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Bergabung dengan BN yang punya banyak rekod buruk sebab utama PH tak dapat laksana reformasi

Dalam politik, kita sebagai rakyat biasa selalunya sukar untuk lari dari kekeliruan. Kekeliruan yang hadir dari beraneka kenyataan dan pandangan dari orang-orang politik.

Amat susah untuk mempercayai kenyataan-kenyataan orang politik adalah ikhlas dan tidak bermotifkan politik. 

Penyudahnya, semua pandangan dan kenyataan daripada semua pihak yang bertentangan, dimasukkan ke dalam kawah kari, digaul di atas api, maka terjumpalah sehelai seluar dalam yang sudah dipakai dan tidak dibasuh, khabarnya untuk dijadikan pelaris, di dalam kawah kari itu.

Video hiasan

Formula ramuan itulah akhirnya menjadi makanan untuk disajikan kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Artikel ini cuba bertiwikrama😂 merayaui seluruh alam politik Malaysia di mana pancaroba yang dilalui umpama penyakit cari sendiri.

Nota: Bertiwikrama adalah istilah yang digunakan oleh Anwar Ibrahim pada 2 Oktober 2023 di Facebook ketika menjelaskan langkah-langkah bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan beras. Menurut Bernama, bertiwikrama membawa maksud berusaha sedaya upaya.

Contoh kenyataan politik tidak ikhlas ialah mengkritik DNAA Zahid Hamidi, tetapi membisu apabila pemimpin-pemimpin kluster mahkamah lain dibebas (bersyarat atau bebas terus) semasa zaman PM Dr Mahathir versi PH, zaman PM Muhyiddin Abah Prihatin dan zaman Ismail Sabri Keluarga Malaysia.

Kebanyakan kritikan bersifat ada udang di sebalik batu, tanpa kesimpulan dan tidak menawarkan sebarang jalan penyelesaian. Kalau ada pun cadangan penyelesaian, ianya lebih menjurus kepada kepentingan politik dan peribadi satu pihak, bukan sama sekali menjaga dan melindungi kepentingan negara dan rakyat.

Sebab itulah keadaan kita semakin hari semakin kurang meyakinkan. Angkara para politikus yang kebanyakannya kurang bertanggungjawab lagi oportunis.

Seperti tajuk artikel ini: Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri.

Memang itulah bendanya. Kalau tidak ada kuasa, macam mana nak mereformasi. Lebih-lebih pun sekadar menjerit, melalak, bertempik, berguling atas jalan, terbalikkan MRT, melompat dan sebagainya. Itu sahaja. Hasilnya kamu masuk lokap😁. Dulu, kini dan selamanya.

Jadi, tiada apa yang baru. Kalau betul persepsi bahawa Anwar mencampuri hal kuasa institusi undang-undang (Anwar telah menafikannya sambil meletakkan tanggungjawab kepada peguam negara ketika itu), itu hanya merupakan tindakan yang dilihat mengikut jejak legasi perdana menteri-perdana menteri terdahulu.

Semalam, saya terbaca satu rencana hasil tulisan Ahmad Mustakim Zulkifli untuk satu portal berita paling sensasi ketika ini, iaitu MalaysiaNow. Portal MalaysiaNow menjadi lebih popular semenjak tersebar berita portal itu disekat siarannya oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di bawah kementerian yang menterinya pernah dilaporkan menunggang basikal di dalam pejabat. Bagaimanapun, menteri berkenaan pernah memberitahu media dia tidak tahu menahu siaran portal MalaysiaNow disekat SKMM.

Seperti kata sesetengah orang, penafian adalah salah satu tindakan standard seseorang ahli politik.

Lagipun, sudah jadi kelaziman, portal pembangkang lebih mendapat perhatian berbanding media arus perdana yang biasanya memberi keutamaan kepada aktiviti memuji kerajaan. 

Sebab itu agaknya Malaysiakini yang dianggap MalaysiaNow sebagai portal pro-kerajaan menjadi hambar dan kurang diminati.

Penulis Ahmad Mustakim memulakan penanya dengan menulis: Hari-hari pada penghujung tahun 1998 dipenuhi dengan harapan rakyat untuk melihat institusi negara melalui reformasi selepas timbalan perdana menteri yang dipecat, Anwar Ibrahim mendakwa berlaku korupsi dan salah guna kuasa di peringkat tertinggi.

Selama lebih dua dekad, laungan “reformasi” mewarnai perjuangan Anwar yang akhirnya menjadi perdana menteri.

Ribuan rakyat sanggup hadir ke jalan raya untuk menzahirkan sokongan kepada gerakan reformasi.

Bagaimanapun, setelah hampir setahun mentadbir, Putrajaya di bawah Anwar dilihat mengecewakan ramai apabila terpaksa memungkiri beberapa janji.

Beberapa pihak sebelum ini mempertikaikan di manakah reformasi yang dijanjikan oleh Anwar.

Pengarah Eksekutif North South Initiative Adrian Pereira berkata usaha reformasi direncatkan oleh ketidakstabilan politik selain birokrat yang bertindak sebagai “Napoleon kecil” dalam setiap kementerian.

"Kerjasama yang tidak 'suci' antara parti-parti politik mengakibatkan terlalu banyak yang dikompromi sehingga mereka tidak boleh meletakkan perbezaan masing-masing untuk mengangkatkan agenda reformasi,” katanya kepada portal berkenaan.

"Buat masa sekarang ia (reformasi) sangat dangkal, dan hanya tertumpu pada permukaan.

“Tiada siapa ada kepakaran yang betul untuk menterjemahkan ia kepada polisi.”

Kerajaan campuran yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lepas menyaksikan Pakatan Harapan (PH) bergabung dengan bekas musuh utama mereka, Barisan Nasional (BN) dan parti lain seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Antara perkara yang dijanjikan sebelum PRU15 oleh PH termasuklah memansuhkan Akta Sosma dan Akta Hasutan, namun masih belum menjadi realiti.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi), Ram Karpal Singh berkata, kerajaan tidak bercadang untuk menghapuskan Sosma.

Sebaliknya katanya, usaha ditumpukan untuk menambah baik akta tersebut.

PH juga antara lain menjamin kebebasan media tetapi tindak-tanduk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di bawah kementerian yang dikepalai Fahmi Fadzil menerima kritikan daripada kumpulan wartawan kanan dan badan pemantau media selepas tindakan memanggil beberapa badan media selain ugutan terbaru kepada MalaysiaNow.

Anwar juga antara lain menegur monopoli Padi Beras Nasional (Bernas) yang dimiliki taikun Melayu Syed Mokhtar Albukhary. 

Namun, masih tiada tindakan berhubung penghapusan monopoli import beras yang dipegang syarikat itu sejak sekian lama.

Namun yang menjadi kontroversi terbesar ialah keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kes rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akal Budi.

DNAA itu dipohon oleh pasukan pendakwaan meskipun mahkamah sebelum ini mendapati terdapat prima facie dalam kes-kes presiden UMNO itu.

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia Sivarajan Amurugam berkata, partinya pernah menghantar cadangan reformasi semasa PH menang pada 2018, yang mana gabungan itu menubuhkan jawatankuasa dianggotai tokoh-tokoh seperti Jomo Kwame Sundaram, Ambiga, Syed Saleem Faruqi dan lain-lain.

"Namun tiada reformasi setelah itu. Jadi tanpa mengira kerajaan PH sepenuhnya atau kerajaan campuran, tiada azam politik yang kuat.

"Bagi kedua-kedua kerajaan ini, jika sesuatu itu tidak akan menurunkan sokongan popular, mereka tidak mahu membuat reformasi," katanya.  

Antara kegagalan PH, menurut Sivarajan termasuk menyediakan rumah mampu milik, penstrukturan semula syarikat berkaitan kerajaan, reformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selain mahu memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tetapi tidak mahu memperkenalkan cukai kekayaan.

"Ini sebabnya mengapa reformasi institusi sukar dilakukan, apabila anda  ada kerajaan reformis dan progresif hanya pada nama."

Dalam pada itu Adrian berkata negara perlu membangunkan intelektual pada tahap akar umbi untuk menyelesaikan beberapa perkara, terutamanya reformasi buruh yang tidak kelihatan.

"Kita tidak boleh bergantung kepada ahli politik kerana mereka telah menunjukkan bahawa mereka tidak berupaya menguruskan negara," katanya.

Katanya, pemerdagangan manusia masih lagi berleluasa di Malaysia dan ia kelihatan masih tidak terkawal.

Dalam pada itu, Adrian berkata kerajaan Madani pimpinan Anwar perlu diberikan satu garis masa bagi melihat sama ada reformasi yang dijanjikan mampu dipenuhi.

"Jika tidak, perlu ada undi tidak percaya dalam Parlimen," katanya.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Dibantu oleh Rahayu Mansor,
Penolong Pengarang


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank