Tokoh bergelar Datuk di Terengganu dan isteri didakwa buat tuntutan palsu agihan zakat, melalui syarikat isteri

Agensi berita rasmi negara Bernama melaporkan seorang bekas ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu kelmarin, atas tuduhan menyalahgunakan kuasa dan mengemukakan tuntutan palsu berhubung agihan zakat bernilai hampir RM20,000, sejak 2019 hingga 2021.

Datuk Mohamad Zahari Harun, 64, dan isterinya Puan Lydia Irmawati Mahmud, 41, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka di hadapan hakim Encik Mohd Azhar Othman.

Mohamad Zahari didakwa menggunakan kedudukannya dengan mengambil bahagian dalam membuat keputusan melantik syarikat Amcare Agency sebagai ejen kutipan zakat pada Mesyuarat Jawatankuasa Zakat Maidam kali keempat tahun 2019, dengan syarikat tersebut adalah milik isterinya.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 23 September 2019 di pejabat Maidam di Kuala Terengganu.

Bagi tuduhan itu, Zahari didakwa di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, dengan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Sementara itu Lydia Irmawati sebagai pemilik syarikat kutipan zakat menghadapi lapan pertuduhan menipu tuntutan bayaran balik 2/8 bahagian (fakir dan miskin) (wakalah) berjumlah RM19,857.21 kepada Maidam dengan mengemukakan maklumat palsu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu antara 20 Mac 2020 sehingga September 2021 di pejabat pengurusan Zakat Maidam, di Kuala Terengganu dan didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Mohamad Zahari dan isteri masing-masing diikat jamin RM7,000 dan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Pasangan suami isteri itu juga dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan dan perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah selain dikehendaki melapor diri ke pejabat SPRM terdekat setiap bulan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 20 Mei ini sebagai sebutan semula dan pengurusan kes melalui aplikasi Zoom.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Puan Farah Yasmin Salleh manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Encik Azrul Zulkifli Stork daripada Azharudin & Associates.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri