Khurafat yang bakal menghancurkan, pesan OutSyed The Box
Syed Akbar Ali |
Seorang penulis blog terkenal semalam menasihati orang ramai, khususnya orang Melayu Islam di negara ini supaya menjauhkan diri dari terlibat dalam aktiviti sihir dan perbomohan, samada sebagai pengamal mahupun sebagai pelanggan.
Syed Akbar Ali, yang merupakan pemilik dan penulis blog OutSyed The Box, menzahirkan kebimbangan ia boleh menjerumuskan seseorang kepada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Amalan khurafat boleh menghancurkan, katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas sebuah artikel siaran Permadu Malaysia bertarikh 24 Januari, 2023, bertajuk Nur Hasliza Dibuai Indah Selama 2 Jam Bersama Bomoh Lelaki Profesional.
Syed Akbar dikenali sebagai penulis berfikiran di luar kotak dan seorang yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Bukan sahaja sering membaca Al Quran, beliau dipercayai turut menghayati dan memahami isi kandungan firman Allah Taala yang terdapat di dalam Kitab Suci itu.
Berikut disiarkan petikan tulisan beliau di blog OutSyed The Box siaran 24 Januari, 2023:
Sila klik di sini : Permadu Malaysia
Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala yang mereka menciptakan, kerana sesungguhnya apa yang mereka menciptakan itu hanyalah tipu daya orang sihir; sedang orang sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada" (Surah Taha 20:69).
My Comments :
Surah Taha (ayat Surah 20:69) kisahkan Nabi Musa membocorkan pembohongan puak-puak main sihir yang diupah Firaun. Sihir itu menjadi amalan orang Firaun pada zaman itu. Firaun adalah seorang kafir.
Dan ikut ayat ini, sihir mereka itu cuma tipu daya.
Sebenarnya 'kuasa sihir' mereka (kononnya) tidak boleh mendapatkan balik secebis habuk daripada seekor lalat pun.
Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. Sangat lemah yang meminta dan yang diminta - (Surah Al-Hajj 22:73).
Janganlah jadi mangsa tipu-daya (al kaidu).
End©PermaduEnd©PermaduEnd©PermaduEnd©PermaduEnd©Permadu
Oleh Fauzi Kadir |
© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG
Comments
Post a Comment