Sharkar diserbu peminat di Pekan Sehari Temerloh
Tokoh politik popular kesayangan orang Temerloh hari ini meluangkan masa berjalan kaki secara santai di Pekan Sehari Temerloh sambil membeli juadah makan pagi, kuih muih dan sebagainya di samping meninjau keadaan semasa di tempat tumpuan ramai setiap hari minggu itu.
Pekan Sehari Temerloh telah direkodkan sebagai Pekan Sehari/Pasar Malam terpanjang di Malaysia, iaitu sepanjang lebih kurang 2 kilometer, melibatkan ratusan peniaga.
"Bagi yang belum pernah ke sini, antara jualan yang menarik adalah pelbagai spesis ikan air tawar dari Sungai Pahang dan produk kampung ada di sini yang mana ianya segar segar belaka," kata Datuk Seri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin.
Mohd Sharkar yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia dan Ketua UMNO Bahagian Temerloh itu sempat bertanya khabar kepada para peniaga dan pengunjung yang ramai dan penuh sesak.
"Hari ni macam biasa, padat dengan kunjungan warga setempat dan daerah lain yang berdekatan," kata pemimpin anak jati Temerloh itu.
"Kemudian saya singgah santai Sukan Keluarga Kem Batu 3 meraikan anak-anak anggota bersama keluarga. Pelbagai acara sukan diadakan," katanya lagi.
Berdasarkan maklum balas terkini penduduk daerah itu, Mohd Sharkar Shamsudin disebut-sebut seorang tokoh paling berwibawa untuk dipilih sebagai ahli parlimen Temerloh yang baharu menjelang PRU15 yang akan diadakan pada Sabtu, 19 November ini.
SPR telah juga menetapkan hari penamaan calon pada 5 November manakala tarikh pengundian awal pada 15 November, 2022.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir |
© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG
Comments
Post a Comment