Harga durian merudum?

Mr Os dalam kenangan

DALAM KENANGAN.. Allahyarham Mohd Yusof bin Abdul Hamid, lebih dikenali sebagai Mr Os, pernah mempromosi durian sebagai produk kebanggaan negara menerusi lagu popular nyanyiannya.


Prihatin terhadap nasib rakyat terjejas akibat Covid-19 mendorong seorang tauke durian di Semat Jal, melelong 60 tan buah ‘kayangan’ itu serendah harga RM3 sekilogram atau RM10 bagi setiap satu beg plastik bersaiz sederhana, Sinar Harian melaporkan di Tumpat.

Shahmiazani Mohd Tanazi, 27, berkata, lelongan durian jenis kahwin dan kampung itu berlangsung selama lima hari bermula pada Ahad sehingga Khamis ini.

Katanya, niat menjual durian dengan harga lebih murah itu bertujuan membantu seluruh lapisan masyarakat yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 namun teringin menikmati buah durian.

“Semua tahu harga durian yang sangat mahal sehingga mencecah RM60 sekilogram bagi musang king dan jenis kampung pula RM15 sekilogram kerana bekalan masih terhad.

“Ditekan pula dengan keadaan semasa, ramai tidak mampu. Jadi, saya niatkan untuk berkongsi, biar semua merasa dan dapat menikmati durian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di gerai buah-buahannya di tepi jalan Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di Tumpat semalam.

Shaidatul Fatini (kanan) menunjukkan plastik yang digunakan untuk mengisi kira-kira tujuh biji durian yang dilelong dengan harga RM10 di gerai buah-buahannya di tepi jalan Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat.

Shahmiazani berkata, kerana tidak boleh rentas daerah, jumlah pelanggannya berkurang sehingga 50 peratus daripada biasa namun pada hari pertama lelongan lebih setengah tan durian habis dijual dalam tempoh kurang dua jam bermula jam 10 pagi.

“Lori buah belum sampai tapi pelanggan sudah beratur sejauh 200 meter. Kami hadkan 10 pelanggan sahaja masuk memilih pada satu-satu masa dengan wajib imbas suhu serta memakai pelitup muka.

“Durian seperti IOI, kucing tidur, ganja, kepala gajah, udang merah, D24, kunyit dan musang king turut dijual dengan harga murah bermula RM20 sehingga paling mahal RM35 sahaja dan laris sebanyak 12 tan durian setiap hari,” katanya.

Isterinya, Shaidatul Fatini Shamsudin, 29, berkata, lelongan RM10 satu plastik durian ini telah masuk tahun keempat dilakukan sebelum Covid-19 lagi dengan pelanggan yang datang daripada pelbagai golongan.

Shahmiazani (kanan) membantu pelanggan memilih durian di gerai buah-buahannya di tepi jalan Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat.

“Satu plastik diisi penuh sehingga tujuh biji buah dan kami terpaksa bertegas supaya adil kepada pelanggan lain dengan mengehadkan satu plastik sahaja setiap orang walau ada yang meminta untuk membeli lebih kerana anak ramai.

“Kami harap dengan cara ini dapat membantu semua orang menikmati buah durian yang isinya elok dan sedap dengan harga murah yang tidak dapat diperoleh di tempat lain,” katanya.

Seorang pelanggan, Long Aswadi Long Idris, 45, berkata, dia sudah empat kali datang membeli durian murah di gerai milik Shahmiazani bagi menjamu keluarganya.

“Kami sekeluarga gemar makan durian bersama budu dan sangat menghargai peniaga seperti Shahmiazani yang membantu masyarakat untuk sama-sama menikmati keenakan durian.

“Peniaga lain perlu mencontohinya bukan sahaja menjual buah durian malah barangan keperluan harian sekalipun, kita perlu bantu sesama kita,” katanya. End©Permadu

Kempen Dengarlah Lagu-lagu Tempatan disokong Permadu Malaysia


Dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
untuk Permadu Malaysia

●© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

ARTIKEL INI DITERBITKAN DENGAN IZIN 
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country