APA SUMBANGAN AGAMAWAN KEPADA NEGARA SELAIN BERCERAMAH?

Lagi cerita kurang baik tentang personaliti berimej agamawan. Namun kesahihannya tidak pasti.

Keyakinan awam terhadap agamawan boleh terhakis sedikit demi sedikit


NAMPAKNYA, timbul lagi kontroversi rumah tangga melibatkan peserta program realiti dakwah iaitu finalis program Imam Muda Syed Mohd Faris yang menceraikan isteri yang dinikahinya 12 tahun yang lalu selepas berkahwin dengan wanita lain.

Imam Muda Syed Mohd Faris, 34 tahun, juga finalis program Imam Muda musim kedua pada 2014, menceraikan isterinya Nur Hidayu Rosly, 33, selepas berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu.

Kata Hidayu

“Kejadian berlaku di tempat kerja saya kira-kira jam 12 tengah malam. Wanita itu berang apabila suami memaklumkan dia mungkin akan menceraikan salah seorang daripada kami.

“Pada mulanya semua berlaku dalam keadaan baik. Namun, apabila suami bercakap mahu menceraikan salah seorang daripada kami, dia mula mengasari saya selain mendakwa suami saya tidak memberinya nafkah dan sudah dua hari tidak pulang ke rumah,” katanya.

Tendang, Memulas Tangan, Pijak Kaki

Nur Hidayu berkata, wanita itu menendang, memijak kaki serta memulas tangannya. Menurutnya, dia memang mengenali wanita itu ketika sama-sama menyertai misi dakwah di Sarawak pada 2018 yang turut disertai suaminya.

“Kami berada di sana selama seminggu. Ketika itulah saya berkenalan dengan wanita itu. Dalam penerbangan balik, saya pelik kerana dia menaiki penerbangan sama dengan suami, tetapi saya tidak. Dari situ, saya mula rasa ada yang tak kena,” katanya.

Katanya lagi, suaminya memberitahu sudah berkahwin dengan wanita itu pada hujung Januari lalu ketika dia baru melahirkan anak kelima mereka.

Sebelum itu dia sedar perubahan mendadak suaminya apabila kerap pulang lewat dan adakalanya tidak pulang langsung ke rumah. Malah, suaminya juga tidak lagi memberi wang nafkah dan jika diberikan hanya mengikut sesuka hatinya.

Kata Hidayu, sebelum ini Imam Muda tersebut pernah meluahkan hasratnya untuk berkahwin lagi namun diminta untuk berfikir kerana mereka mempunyai anak-anak.

Bagaimanapun, dia tetap mahu meneruskan keinginannya itu untuk berkahwin lagi dan mendakwa wanita lain boleh melayannya lebih hebat daripada dirinya.

“Sebelum dengan wanita ini dia pernah berkenalan dengan lima wanita lain dan mengajak mereka berkahwin. Namun, tidak berjaya kerana mereka semua tidak mahu berpoligami.

Difahamkan, Imam Muda Syed Mohd Faris dan Nur Hidayu dikurniakan lima cahaya mata berusia lingkungan 12 hingga lapan bulan. Sepanjang perkahwinan itu juga, Nur Hidayu pernah empat kali mengalami keguguran.




Dipetik dari laman bacadulu.babybiru.com yang disiarkan pada Rabu, 29 Julai 2020.

Permadu Malaysia tidak dapat mengesahkan kesahihan berita ini.

dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Abdul Kadir   
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara


Kumpulan Permadu Media

Blog Permadu Malaysia

Facebook Permadu Harmony 

*PagePermadu Station 

**AudioPermaduTV










Comments

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar