TRUMP LIHAT BADAN KESIHATAN DUNIA MEMIHAK KEPADA CHINA

 Amerika Syarikat tamatkan hubungan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Peruntukan dana disalurkan ke negara-negara lain. 


U.S.President Donald Trump points to a question during a news conference, Tuesday, Feb. 25, 2020, in New Delhi, India. (AP Photo/Alex Brandon)Presiden Amerika Donald Trump  Gambar oleh Associated Press

AGENSI berita rasmi Malaysia Bernama melaporkan bahawa agensi berita Xinhua, semalam, Sabtu 30 Mei 2020, memetik Presiden Donald Trump sebagai berkata Amerika Syarikat (AS) "menamatkan" hubungan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Hari ini kami akan tamatkan hubungan dengan WHO dan menyalurkan dana ke negara lain di seluruh dunia yang memerlukan bantuan kesihatan awam," kata Trump pada sidang media di Rumah Putih, pada hari Jumaat, 29 Mei 2020.

Awal bulan Mei, Trump mengutus surat kepada Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, antara lain mengancam akan memotong dana secara kekal dan "mempertimbangkan semula keanggotaan" jika badan antarabangsa itu tidak memberi komitmen terhadap "gesaan mengenai penambahbaikan dalam masa 30 hari."

Trump pada pertengahan April mengumumkan pentadbirannya akan menghentikan pembiayaan kepada WHO, tindakan yang menerima kritikan hebat di tengah-tengah dunia berdepan krisis kesihatan awam.

Di AS sahaja lebih 1.7 juta kes Covid-19 dilaporkan dengan lebih 102,000 kematian, menurut Johns Hopkins University.



dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir   
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia

Facebook Permadu Harmony *Page Permadu Station **Audio Visual PermaduTV









Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri