MUFTI PERLIS KINI PELAKON DRAMA
Menurut sumber, Mufti Perlis juga mungkin muncul dengan album single terbaru berduet dengan Ratu Rock Ella tidak lama lagi. Bagaimanapun, Permadu Malaysia tidak dapat mengesahkan berita ini.
MUFTI Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin buat pertama kalinya bakal beraksi di Istana Budaya menerusi pembabitannya dalam teater berjudul Korupsi Dewan Semandung, lapor Harian Metro yang disiarkan kelmarin.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Maza berkata, antara sebab utama dia bersetuju untuk terbabit dalam pementasan teater itu kerana tertarik dengan judul naskhah terbabit.
"Saya tidak tahu sejauh mana peranan saya dalam teater ini, namun saya mesti menyumbang sesuatu dalam dunia (seni) ini tapi tak adalah sampai nak jadi pelakon. Tidak dinafikan, sebelum ini ada beberapa tawaran yang datang tapi saya tak rasa sesuai.
"Untuk teater ini saya tak tahu jalan ceritanya lagi, cuma saya tertarik dengan perkataan korupsi. Itu yang saya rasa boleh (lakukan), lagipun itulah topik yang selalu saya sampaikan. Cuma saya tak tahu korupsi mengenai apa kerana perkataan itu mempunyai interpretasi yang luas," katanya pada sidang media teater Korupsi Dewan Semandung yang diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur, kelmarin.
Teater yang bakal diarahkan Khir Rahman itu diterbitkan Ogy Ventures & Network Sdn Bhd milik pelakon terkenal, Ogy Ahmad Daud.
Menurut Dr Maza, beliau tidak mempunyai masalah untuk terbabit dalam pementasan teater itu memandangkan peranan yang perlu dibawa adalah sebagai dirinya sendiri.
"Saya diberitahu perlu jadi diri sendiri. Maksudnya peranan yang biasa saya lakukan iaitu memberi pandangan, seperti kerja hari-hari.
"Kalau saya tengok ada mesej yang bagus untuk saya sampaikan kepada khalayak itu satu pembabitan yang bagus. Ini satu pengalaman baru untuk terbabit dengan artis," katanya.
Antara pelakon yang bakal membintangi teater itu nanti ialah pelawak Vicha, Tauke, Abam Bocey, Mark Adam, Joey Daud, Azrul Chemat, Tapai dan Chiwan serta pelakon baharu, Hanna Halim.
Teater yang mengangkat genre komedi seram itu akan dipentaskan selama tiga hari bermula 28 Februari depan.
oleh Fauzi Abdul Kadir
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpeliharahubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Comments
Post a Comment