DIMENSI DAKWAH BARU MUFTI LIVERPOOL



PENDEKATAN berdakwah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kini selangkah ke dimensi baru apabila semua ceramah dan kuliahnya boleh didengari menerusi akaun Spotify, Harian Metro melaporkan.
Berkongsi berita gembira itu di Twitter rasminya, Dr Zulkifli berharap orang ramai memuat turun Spotify dan mengikuti audio kuliahnya terus ke telefon pintar mereka.
“Mufti Wilayah Persekutuan kini di Spotify. Muat turun aplikasi Spotify di Google Play Store dan App Store untuk mendengar audio kuliah terus ke telefon pintar anda. Klik https://spoti.fi/2QWgUBQ untuk follow,” tulisnya.
Beliau sudah memasukkan sebanyak tujuh rakaman dalam tempoh dua hari bermula kelmarin.
Antara rakaman audio itu adalah Biografi Imam Nawawi, Ketokohan Syeikh Abi Hassan Ali An-Nadwi, Syeikh Mutawwali Syarawi yang ku kenali, Berhijrah ke arah lebih baik, Masa Peliharalah, Empat Nasihat Rasulullah SAW dan Baikilah Solatmu untuk khusyuk.
Semua rakaman audio itu berdurasi antara 16 hingga 60 minit dan ternyata bakal memberi manfaat kepada pendengar dan peminat Dr Zulkifli.
Rata-rata warganet memuji pendekatan terbaharu dilakukan mufti itu yang seiring dengan peredaran zaman dalam menyampaikan dakwah.
Perkongsian itu kini tular di media sosial yang meraih 5,300 ulang kicau dan 6,000 tanda suka dan rata-rata menganggap pasukan media sosial mufti itu membuat keputusan tepat.


disunting oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2019 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain



Permadu Media

Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station

Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar