BILA "KEKANDA" MUJAHID NAK TULIS SURAT KEPADA "ADINDA" NURUL IZZAH LAGI

Rencana Politik Bahasa Melayu
Kritikan Nurul Izzah terhadap Dr Mahathir disambut reaksi bercampur-campur


Nurul Izzah Anwar,
Ahli parlimen Permatang Pauh
...cetus kontroversi

SELEPAS Nurul Izzah Anwar meluahkan kekesalannya terhadap kepimpinan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kepada agensi berita terkemuka Singapura The Straits Times, ada yang menyokong dan ada yang tidak.

Antara isu yang diutarakan anggota parlimen Permatang Pauh itu adalah seperti berikut:

Kedudukan Ronald Kiandee

(1) Nurul Izzah membantah kenyataan perdana menteri mengekalkan Ronald Kiandee sebagai pengerusi PAC. Kiandee menang sebagai ahli parlimen Beluran, Sabah atas tiket Umno (BN) dalam PRU14 pada 9 Mei 2018 dan menjadi pembangkang. Beliau kemudian melompat keluar dari Umno dan menyertai parti komponen pemerintah PH iaitu Bersatu/PPBM. Beliau dipilih sebagai pengerusi PAC melalui satu proses di parlimen atas kedudukan beliau sebagai ahli parlimen pembangkang. Ini adalah sebahagian dari komitmen PH sebagai gabungan pemerintah yang memperuntukkan jawatan itu kepada pembangkang.

Setelah menerima maklum balas, Dr Mahathir kemudian menyatakan Kiandee akan menggalas sementara jawatan itu sehingga calon penggantinya dikenal pasti.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming pula berkata Ronald Kiandee perlu diberi tempoh masa yang sesuai dan mencukupi untuk penyerahan tugas kerana pada masa ini PAC sedang mengendalikan banyak kes.

Ahli parlimen lompat parti
sertai Bersatu

(2) Nurul Izzah juga kesal kerana ramai ahli parlimen Umno melompat parti menyertai Bersatu. Perbuatan kurang bermaruah ini bukan sahaja mengkhianati pengundi dan parti yang memberi mereka kemenangan, tetapi juga hasrat rakyat untuk melihat sistem pemerintahan dua parti tidak kesampaian.

Mahathir bekas diktator yang
merosakkan

(3) Nurul Izzah menganggap Dr Mahathir sebagai bekas diktator yang telah melakukan banyak kerosakan, bukan sahaja kepada keluarganya, tetapi juga kepada negara.

Reaksi dari tokoh-tokoh dan rakyat

Tidak kira dari mana. Media sosial, tokoh-tokoh terkenal dan para penulis blog yang mempunyai lebih dari 50 juta pengunjung. Ada yang menyokong dan ada yang menentang hujah dan pandangan Nurul Izzah Anwar.

Ada yang menganggap beliau seorang pemimpin yang berani dan jujur. Seorang puteri reformasi yang tidak mementingkan jawatan.

Nurul Izzah mungkin mempunyai asas yang kukuh dalam menyuarakan pandangan dan kekesalannya berlandaskan kebenaran.

Nurul buat kenyataan di tempat dan
masa yang salah

Tetapi isunya sekarang beliau telah melakukannya di tempat dan masa yang salah. Mengapa beliau perlu mengadu kepada pihak luar pada saat kerajaan Malaysia sedang menghadapi pertikaian sempadan dan tarif air dengan Singapura?

Bergambar dengan Jacel Kiram

Nurul
dan
Jacel
Kiram
Rakyat masih tidak lupa beberapa tahun yang lalu ketika Lahad Datu, Sabah hampir diceroboh oleh kumpulan tentera seorang "sultan" dari Filipina, tiba-tiba Nurul kelihatan bergambar mesra dengan Jacel Kiram, puteri "sultan" tersebut yang kerap membuat kenyataan provokatif ketika itu.

Ramai pemimpin PH habis masa
berpolitiking

Nampaknya, pemimpin-pemimpin PH tidak bertindak menawarkan huraian penyelesaian permasalahan yang sedang dihadapi rakyat seperti kos sara hidup yang tinggi dengan pendapatan yang menurun, masalah mencari pekerjaan serta sentimen agama dan kaum.

Mereka secara tidak langsung bukan penyelesai masalah, tetapi menjadi sebahagian dari masalah. Rakyat semakin bosan dengan pemerintahan PH di saat bekas perdana menteri "banduan menunggu" terus bebas dan semakin popular dengan "apa nak malu bossku."

Pertelagahan sesama sendiri sukarkan PH tumpu amanah dan tanggungjawab

Pertelagahan sesama sendiri ini makin menyukarkan Dr Mahathir dengan ramai menteri yang kurang berprestasi melakukan yang terbaik untuk membangunkan negara dan mengatasi masalah rakyat. Masa banyak dihabiskan untuk bermain politik demi kelangsungan politik peribadi dan parti.

Lim Kit Siang perdana menteri selepas Mahathir
Lim Kit Siang,
Veteran
DAP

Jika semua pemimpin Melayu dalam PH memilih untuk terus bertelagah, Permadu Malaysia mencadangkan Lim Kit Siang disokong sebagai perdana menteri Malaysia kelapan selepas Dr Mahathir sudah benar-benar bersedia untuk melepaskan jawatannya.

Lim Kit Siang diharap dapat terus melindungi kepentingan Melayu dan Bumiputra lain serta mentadbir negara dengan jujur dan berhemah. Semoga kepimpinan Kit Siang dapat memberi kebaikan kepada semua rakyat dan negara.

Surat kedua kekanda Mujahid kepada adinda Nurul Izzah
Mujahid
Yusof
dan
Nurul
Izzah

Sudah tiba masanya "kekanda" Mujahid mengutus sepucuk lagi surat kepada "adinda" Nurul. Jika surat pertama Mujahid menulis semasa dalam perjalanan darat ke Madrid, surat kedua pula Mujahid boleh menulis ketika dalam perjalanan laut menaiki feri dari Labuan ke Brunei.








oleh Fauzi Kadir
Permadu Harmony
Permadu Malaysia
2019 Hak Cipta Terpelihara

hubungi kami
+60 11 1185 9874
permadu@gmail.com

gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar