UMNO nampak kuat sebab jadi sebahagian kerajaan—Bila-bila masa boleh lingkup
"KALAU BERANI, ZAHID SILA KELUAR…" ZAHID SEBENARNYA PENAKUT
Seorang penulis politik berpengalaman Malaysia semalam mencabar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan rakan kabinet dalam UMNO supaya tidak menunjukkan keangkuhan bercirikan pengkhianat.
Penulis berkenaan, Encik Mohd Sayuti Omar (gambar atas sekali) menegaskan, "Kalau sudah tidak senang dengan guru (Anwar) ayuh keluar tinggal sahaja kabinet. Ada berani? Jika tinggal kabinet Anwar tidak ada pilihan lain beliau akan bubar Parlimen dan pilihan raya boleh segera diadakan."
"Bukan itukah yang perwakilan semua ingini. Persoalannya apakah kalau diadakan pilihan raya UMNO yakin boleh menang dan tubuh kerajaan? Jika yakin PAS boleh cukupkan jemeloh (jumlah), silakan.
"Jika semua sudah siap tidak payah bermuka muka dengan Anwar dan Pakatan Harapan lagi, ayuh tinggal segera. Lagipun jika UMNO sudah berkuasa semula ia boleh menyelamatkan ramai penyangkau (perasuah) yang sedang menanti pendakwaan," katanya yang menulis di media sosial semalam.
Mohd Sayuti juga berharap Zahid jangan hanya gah dan berani dalam Dewan Merdeka sahaja, tetapi di luar juga.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment