Sudah tiba masanya UMNO dipecat dari Kerajaan Perpaduan
![]() |
| Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyampaikan ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Gambar NSTP oleh Aswadi Alias. |
Tanpa segan silu, percakapan angkuh persis pengkhianat Zahid dan beberapa pemimpin UMNO perlu dibalas dengan berani
Berita Harian melaporkan sebentar tadi UMNO memberi kata dua kepada Kerajaan Perpaduan sama ada meraih semula mandat melalui Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) atau menyingkirkan parti itu secara rasmi.
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata gesaan itu dibuat selepas mengambil kira desakan supaya UMNO tidak lagi menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha mengeluarkan parti itu daripada Kerajaan Perpaduan perlu dibuat melalui undi tidak percaya yang perlu dibentang di Dewan Rakyat.
"Ada berani ke? Kalau berani buatlah cepat. Asas pembentukan (Kerajaan Perpaduan) ialah 82 (ahli Dewan Rakyat) Pakatan Harapan (PH) dan kita ada 30 (Ahli Parlimen). Asasnya 112 (wakil rakyat).
"Namun, daripada 112 (wakil rakyat) ini, tiga (Ahli Parlimen) daripada PKR sudah keluar masing-masing Datuk Seri Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Wong Chen.
"Ingatlah kerjasama kita bentuk (Kerajaan Perpaduan) atas amanah kenegaraan dan mematuhi tittah Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Kuala Lumpur, hari ini.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.





Comments
Post a Comment