Merajuk tak bisa dipujuk
Takut orang tidak tahu dia merajuk, dan sebab mengapa dia merajuk, maka protes itu dizahirkan dengan kenyataan berikut:
LAMBAT LAGILAH...
Keputusan Lembaga Pengampunan baru-baru ini, yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, memindahkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dari penjara ke tahanan di rumah dengan syarat membayar denda sebanyak RM50 juta, semestinya disambut baik oleh para penyokong Najib sendiri.
Namun, tidak kurang juga yang merasa kecewa. Keputusan sudahpun dibuat dan rakyat tiada pilihan selain menghormatinya.
Sebagaimana kita menghormati mereka yang tidak bersetuju dengan keputusan itu.
Reaksi pemimpin-pemimpin UMNO menyambut keputusan itu dengan begitu ghairah sekali dipercayai akan memberi kesan buruk kepada parti yang mereka sendiri dakwa (perasan) sebagai keramat itu.
UMNO akan dilihat sebagai parti yang tidak memperjuangkan kepentingan orang Melayu, tetapi menggunakan orang Melayu marharn untuk kepentingan golongan elit Melayu yang kaya-raya.
Persepsi awam terhadap UMNO juga akan terus merudum. Ini kerana orang ramai memandang UMNO sebagai pembudaya, penggalak dan pelindung amalan rasuah, termasuk salah guna kuasa.
Demi kuasa, banyak pihak sanggup mengorbankan prinsip perjuangan, sambil memberi berbagai alasan untuk mewajarkannya.
Parti politik yang menggunakan jenama Islam juga tidak terkecuali.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment