Lim Guan Eng Gesa Zahid Hamidi Dikenakan Tindakan
AAA
【Ahmad Zahid Hamidi Dan KKDW Harus Dikenakan Tindakan Kerana Membenarkan Berbelanja Melebihi Peruntukan Yang Diluluskan Agar Menghindari Kementerian Lain Mengulangi Kesalahan Serupa Yang Boleh Memudaratkan Khazanah Dan Kestabilan Kewangan Negara.】
___________
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) harus dikenakan tindakan kerana membenarkan perbelanjaan melebihi peruntukan yang diluluskan agar menghindari Kementerian-kementerian lain mengulangi kesalahan serupa yang boleh memudaratkan khazanah dan kestabilan kewangan negara. Perbuatan sedemikan oleh Ahmad Zahid Hamidi adalah tidak bertanggungjawab kerana melanggari prosedur dan tatacara kewangan sedia ada, yang boleh mengundang penguatkuasaan undang-undang berkaitan.
Apa yang dilakukan oleh Ahmad Zahid Hamidi secara langsung menggugat keselamatan kewangan dan kestabilan ekonomi. Tolong bayangkan betapa serius dan mudaratnya keadaan kewangan negara sekiranya semua Kementerian kerajaan bertindak sedemikan rupa dengan membelanjakan dengan sewenang-wenangnya tanpa mengambilkira sama ada negara mampu atau tidak.
Keadaan yang sama timbul tentang surat sokongan oleh Kementerian-kementerian selain Kementerian Kewangan, telahpun diharamkan kerana boleh dianggap sebagai surat jaminan kerajaan tersembunyi. Dalam perundangan kewangan negara hanya Kementerian Kewangan dibenarkan mengeluarkan surat sokongan atau jaminan. Tindakan pernah diambil apabila surat sokongan dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan tanpa restu Kementerian Kewangan.
Ia juga menimbulkan persoalan siapakah kontraktor-kontraktor yang menerima menfaat kontrak dalam KKDW yang menyebabkan perbelanjaan melebihi peruntukan yang diluluskan. Adakah kontraktor-kontraktor tersebut dipilih mengikut peraturan atau kaedah pemberian kontrak dijalankan secara telus, terbuka dan akauntable?
Kementerian Kewangan sebelum ini memaklumkan perbelanjaan KKDW pada 2023 berjumlah RM1.8 bilion berbanding peruntukan RM1.1 bilion, manakala pada 2024 sebanyak RM2 bilion berbanding peruntukan RM1.3 bilion. Pada 2025 pula, perbelanjaan KKDW direkodkan RM2.3 bilion berbanding peruntukan RM1.6 bilion.
Perbelanjaan melebihi peruntukan yang diluluskan adalah sebanyak RM 2.1 bilion untuk tiga tahun tempoh 2023-25 semasa KKDW di bawah Ahmad Zahid Hamidi. RM 2.1 bilion bukanlah satu jumlah kecil sedangkan ia tidak menjadi masalah untuk tahun-tahun sebelum 2023.
Sebagai Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi patut menunjukkan contoh seorang pemimpin yang berjimat cermat dan berhemah dan bukan sebaliknya. Jelas sekali Ahmad Zahid Hamidi telah membenarkan perbelanjaan melebihi peruntukan diluluskan tanpa usul periksa dan patut memberikan penjelasan penuh kepada rakyat Malaysia.
LIM GUAN ENG
AAA
aaa
==============
【阿末扎希及乡村与区域发展部该因允许开支超出获批拨款而受到对付,以避免其他部门重犯类似错误,危害国家财库及财政稳定】
副首相拿督斯里阿末扎希及乡村与区域发展部应该因允许开支超出获批拨款而受到对付,以避免其他政府部门重犯类似错误,危害国家财库及财政稳定。阿末扎希的这种做法是不负责任的,因为这违反了现有的财政程序与财务管理规定,并可能招致相关法律的执法行动。
阿末扎希的所作所为,直接威胁国家财政安全与经济稳定。试想一下,如果所有政府部门都采取同样的做法,在完全不考虑国家是否有能力负担的情况下随意超支,国家财政将陷入何等严重和有害的境地。
类似的问题也曾出现在财政部以外的其他政府部门发出支持函(Letter of Support)一事上。有关做法早已被禁止,因为这类支持函可能被视为一种隐性的政府担保。根据国家财政法律规定,只有财政部获准发出支持函或担保函。以前的交通部曾在未经财政部批准的情况下发出支持函,并因此受到对付。
这也引发另一个问题,究竟是哪些承包商获得乡村与区域发展部的合约利益,以致该部门的开支超出获批拨款?这些承包商是否按照既定条例遴选?有关合约的颁发方式是否透明、公开及具问责性?
财政部此前透露,乡村与区域发展部在2023年的开支达18亿令吉,相比之下,获批拨款仅为11亿令吉;2024年的开支达20亿令吉,获批拨款则为13亿令吉;到了2025年,该部录得23亿令吉开支,而获批拨款仅为16亿令吉。
在阿末扎希掌管乡村与区域发展部期间,从2023年至2025年的3年内,该部超出获批拨款的开支总额高达21亿令吉。21亿令吉绝非一笔小数目,更何况在2023年以前的年份,并不存在这样的问题。
身为副首相,阿末扎希理应以身作则,展现一名节俭、审慎理财的领导人应有的典范,而不是反其道而行。显然,阿末扎希在未经充分审查的情况下,允许开支超出获批拨款,因此有必要向全体马来西亚人民作出完整交代。
林冠英
AAA
AAA
AAA
Comments
Post a Comment