Kesihatan yang baik untuk Tun Dr Mahathir, dia Jemaah Menteri Malaysia
Jemaah Menteri mendoakan kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berada dalam pemantauan doktor di Institut Jantung Negara (IJN).
Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh Jemaah Menteri turut merakamkan ucapan takziah kepada Mahathir serta keluarga susulan pemergian isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
“Pihak kerajaan merakamkan ucapan takziah buat Mahathir dan keluarga atas pemergian Dr Siti Hasmah. Allahyarham merupakan seorang tokoh wanita dan negarawan yang amat dihormati.
“Jemaah Menteri turut mendoakan kesihatan Mahathir yang kini berada dalam pemantauan doktor di IJN,” agensi berita rasmi negara Bernama memetik Fahmi sebagai berkata pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya hari ini.
Sebelum ini, Tan Sri Mokhzani Mahathir memaklumkan bapanya dimasukkan ke IJN sejak semalam untuk menjalani pemerhatian.
Mokhzani berkata keadaan bapanya ketika ini adalah baik dan tidak membimbangkan namun keputusan memasukkan Mahathir ke IJN dibuat bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu diberi perhatian selepas pemergian Dr Siti Hasmah, lapor Bernama.
Dr Siti Hasmah, 100, meninggal dunia di IJN pada pagi 28 September lepas dan dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20 di Putrajaya pada hari yang sama dengan Istiadat Pengebumian Negara.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.





Comments
Post a Comment