Kelmarin Meneka Dalam Kesamaran, Semalam Dah Tahu Siapa

Kelmarin, media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas menteri bagi membantu siasatan berkaitan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).

Menurut catatan SPRM di media sosial, bekas menteri berkenaan ditahan kira-kira jam 4.30 petang berhubung kes melibatkan pajakan hotel di Arab Saudi.

Individu itu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya semalam untuk permohonan reman.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan penahanan suspek berkenaan dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

“Suspek akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi esok (semalam),” katanya kelmarin.

Sebelum ini RCI Tabung Haji antara lain meneliti penyewaan jangka panjang oleh TH bagi empat hotel di Makkah dan Madinah antara 2015 hingga 2017, yang melibatkan kira-kira 1.43 bilion riyal Saudi dalam pembayaran pendahuluan.

Laporan RCI mengetengahkan kelemahan dalam proses usaha wajar dan kawalan risiko, manakala bayaran sewa kemudiannya tertunggak sehingga mendorong TH mengambil tindakan undang-undang di Arab Saudi.

Dalam perkembangan berasingan, seorang bekas pengerusi TH dan seorang bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan dibebaskan daripada tahanan reman SPRM kelmarin selepas ditahan selama tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan isu-isu yang melibatkan TH.

Malaysiakini memetik Bernama melaporkan kedua-duanya dibebaskan pagi ini selepas direman sejak 27 Ogos. Pegawai penyiasat SPRM dilaporkan telah menyelesaikan proses merekodkan kenyataan mereka berkaitan dengan penemuan RCI berkenaan.

Skop RCI Tabung Haji merangkumi isu-isu yang melibatkan agensi itu dari 2014 hingga 2020, dengan merujuk kepada penemuan oleh PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger.

Ia tidak merangkumi pelan penstrukturan semula dan pemulihan yang sedang dilaksanakan pada ketika itu.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023