Apa Sebenarnya Salah Laku Tuanku Muhriz Hingga Timbul Persoalan Motif Tersembunyi Usaha Menyingkirkan Baginda


Siapa di belakang pertikaian ini?

Kita semua berasa hairan dengan sikap sesetengah pembesar adat di Negeri Sembilan, terutama dari Johol, Jelebu dan Tampin yang tidak sudah-sudah bertikai, dan sekali lagi cuba menurunkan penyandang semasa Yamtuan Besar Negeri Sembilan iaitu Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir yang memegang takhta sejak 29 Disember 2008.

Sehingga hari ini kita masih belum tahu apakah punca dan motif mereka tergamak menodai kesakralan adat tanpa segan silu. Jembalang utara, atau selatan yang manakah di belakang mereka sehingga seberani ini menderhakai Raja Berkeadilan?

Tan Sri Mohd Rais Yatim, pengerusi Parti Wawasan Negara (Wawasan) yang merupakan salah satu parti komponen dalam Perikatan Nasional dan kini bekerjasama dengan UMNO kelihatan tampil sebagai ‘pakar adat mereka’. Rais yang mengaku ‘pakar adat’ ini ada menukil bagaimana Adat Perpatih harus diperlakukan. Beliau menulis begini:

“When adat was the prime mover of social modus operandi in Minangkabau prior to the Pasumpahan Satie Bukik Marapalam in about 1838, the common and effective philosophy was thus:

Mamak basanda ka Pangulu

Pangulu basanda ka mupakaik

Mupakaik basanda ka nan bana

Nan bana tagak sandirinyo

This is to say ‘the mamak relies on the Pengulu who in turn relies on the rule of consensus and consensus stands on what is the truth and the truth stands on its own. It could also be argued in extension that now the system no longer relies on the truth or what is just and fair. It simply relies on the Book (the Quran) which in turn of course excretes justice and fairness. And so the shift to over-reliance on religion is the preferred mode rather than on the priority and impetus of relying on what is the truth or the just and fair disposition. The Musa Wahab case is now a milestone decision. It now settles two issues: first, the courts have no jurisdiction in adjudicating matters pertaining to the business of Undang or an adat leader succession! Second, the Dewan Keadilan dan Undang may have the prerogative of giving a blessing or otherwise in an Undangship claim. Curiously, this decision should have relied more on the force of Art. 14 of the state Constitution which states that the business of adat leadership succession should be left to the device “…in accordance with the custom of their respective luaks”. The fact that more weight is given to the blessing of the Dewan has become a new yardstick hence the introduction of a new provision under Art 16(2) somewhat gives the Dewan Keadilan dan Undang a new constitutional assertion. It would appear that in future whenever the Dewan gives its blessings’ the Undang candidate in a luak could mean an endorsement and this act could also mean as an interference contrary to Art. 14 of the State Constitution.”

Petikan panjang di atas terdapat dalam ‘Adat The Legacy of Minangkabau’ terbitan 2015 oleh Rais Yatim. Untuk memudahkan pembesar dan sesetengah mereka yang berdegil untuk terus berkelahi perihal kuasa ini, izinkan saya terjemahkan petikan di atas ke dalam bahasa Melayu, pandai-pandailah membacanya dalam dialek Negori:

“Apabila adat menjadi penggerak utama modus operandi sosial di Minangkabau sebelum berlakunya Pasumpahan Satie Bukik Marapalam sekitar tahun 1838, falsafah yang lazim dan berkesan adalah:

Mamak basanda ka Pangulu

Pangulu basanda ka mupakaik

Mupakaik basanda ka nan bana

Nan bana tagak sandirinyo

Ini bermaksud bahawa mamak bersandar kepada penghulu, penghulu pula bersandar kepada keputusan muafakat, muafakat bersandarkan kepada kebenaran, dan kebenaran berdiri atas kekuatannya sendiri. Boleh juga dihujahkan bahawa kini sistem tersebut tidak lagi bersandar kepada kebenaran, atau apa yang adil dan saksama. Sebaliknya, ia semata-mata bersandar kepada Kitab, iaitu al-Quran, yang kemudiannya dianggap sebagai sumber keadilan dan kesaksamaan. Dengan demikian, berlaku suatu peralihan kepada kebergantungan yang berlebihan kepada agama, menggantikan keutamaan dan dorongan untuk berpaut kepada apa yang benar, adil dan saksama. Kes Musa Wahab kini menjadi suatu keputusan penting (milestone decision). Ia menetapkan dua perkara.

Pertama, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengadili perkara yang berkaitan dengan urusan Undang atau pewarisan jawatan pemimpin adat.

Kedua, Dewan Keadilan dan Undang mempunyai prerogatif untuk memberikan perkenan atau sebaliknya terhadap tuntutan seseorang untuk menjadi Undang. Menariknya, keputusan ini sepatutnya lebih banyak bersandar pada kuasa dan maksud Perkara 14 Perlembagaan Negeri, yang menyatakan bahawa urusan pewarisan kepimpinan adat hendaklah diserahkan kepada mekanisme: “…in accordance with the custom of their respective luaks” (“…mengikut adat bagi luak masing-masing.”) Hakikat bahawa ‘perkenan’ Dewan diberikan lebih banyak pertimbangan telah menjadi suatu ukuran baharu. Hal ini kemudiannya dapat dilihat melalui pengenalan Perkara 16(2), yang seolah-olah memberikan kepada Dewan Keadilan dan Undang suatu kedudukan atau penegasan perlembagaan yang baharu. Nampaknya, pada masa hadapan, apabila Dewan memberikan ‘perkenan’ kepada calon Undang dalam sesuatu luak, perkenan tersebut boleh ditafsirkan sebagai suatu bentuk pengesahan atau sokongan.”

Baca beberapa kali biar teliti. Adalah jelas terang lagi bersuluh, bersiap huraian di atas, Rais sendiri sedar halnya. Dewan Keadilan adalah kini kuasa pengesah dalam menentukan kedudukan seseorang Undang. Ia juga tidak wajar dicabar di Mahkamah. Dan yang paling penting, Rais Yatim sendiri memutuskan bahawa setiap sesuatu itu mestilah dibuat menurut keadilan dan tentulah itu bermuarakan agama Islam.

Islam celah mana yang mereka ingin tunggang sebagai hujah? Adakah Baginda Tuanku Muhriz sudah diberi keadilan?

Dari segi adat juga, untuk menurunkan Yamtuan Besar, seorang Undang itu sendiri mesti sah di Luak masing-masing. Kita telah pun tahu duduk letak Undang di Luak Sungei Ujong, Rembau, Jelebu dalam keadaan penuh pertikaian. Malah mereka sudah dipecat oleh Waris, dan ditolak pembesar adat yang kanan di wilayah masing-masing.

Undang Sungei Ujong dan Rembau yang baru, kedua-duanya menyokong Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. Datuk Klana Petra, Muhammad Faris Johari telah dimasyhurkan dan dizahirkan sebagai Undang.

Luak Sungai Ujong ke-11 pada Mei dan Jun 2026. Dari segi adat Datuk Mubarak Dohak telah lama ditolak. Manakala Encik Hassan Ab Hamid telah dizahirkan sebagai Undang Luak Rembau ke-22 pada Jun 2026 berikutan adat istiadat yang sah di negeri tersebut. Beliau bersama-sama Undang Sungai Ujong telah menegaskan pendirian rasmi Luak masing-masing berkaitan hal ehwal istana dan adat di Negeri Sembilan termasuklah kedudukan Yamtuan Besar Negeri Sembilan.

Jadi celah mana yang UMNO, Rais berserta segala jembalang baik utara atau selatan tidak faham?

Ternyata kerajaan Negeri Sembilan yang baru, yang turut disertai oleh Wawasan tidak mampu menyelesaikan masalah atau krisis kepimpinan adat. Menggunakan lojik mereka sebelum pilihan raya negeri, mereka wajar meletakkan jawatan semuanya. Lebih menghairankan, siapakah di belakang mereka? Jembalang Utara? Jembalang Selatan? Jembalang mana yang mendanai segala kudrat dan tenaga mereka ini?

Aduh, berhentilah menjahat sepenggal, biar kita-kita aman dari sakau.

Dan ya untuk menurunkan Yamtuan Besar Negeri Sembilan, kita mesti tahu punca dan motifnya. Sampai hari ini, setelah gegak gempita alam dan berlaku pilihan raya negeri yang penuh fitnah dan persepsi, kita masih ternanti-nanti apa asbabnya?



Dipetik dan diolah dari sebuah artikel hasil nukilan Dr Mohd Faizal Musa, lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani. Beliau merupakan seorang penulis fiksyen, politik, esei dan seorang ahli akademik.

Pertama kali disiarkan FMT hari ini, Khamis 10 September 2026.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia