Dari awal Amerika dah nampak betapa kuatnya PAS

Amerika tawar PAS jatuhkan Najib, dakwa Hadi

Merujuk ucapan penggulungan Presiden PAS di muktanar parti itu, portal berita terkenal Malaysiakini melaporkan Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa wakil Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada parti berjenama Islam itu untuk menjatuhkan kerajaan BN ketika Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri.

Dalam ucapan penggulungannya pada Muktamar PAS ke-72 di Kota Bharu hari ini, Ahli Parlimen Marang itu berkata tawaran berkenaan dibuat ketika salah satu lawatan bekas presiden AS Encik Barack Obama ke Malaysia, apabila beberapa pemimpin PAS diundang menghadiri satu majlis di Kedutaan AS.

Menurut Hadi, kejadian itu berlaku ketika PAS masih menjadi sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat (dari April 2008 ke Jun 2015).

Katanya, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang menjadi setiausaha politiknya ketika itu, turut menghadiri majlis berkenaan.

“Nak ajak bincang, sanggup nak jatuh kerajaan, nak ambil alih kerajaan. Amerika sanggup tolong ini,” cerita Hadi.

Dia menegaskan Takiyuddin dan Samsuri, yang kini juga Menteri Besar Terengganu, tidak “terpengaruh” dengan tawaran tersebut.

“Dua-dua orang kita ini istiqamah, pasal tak terpengaruh.

“Lalu akhirnya, duta Amerika minta nak jumpa saya,” katanya.

Hadi berkata dia memenuhi undangan tersebut dengan ditemani bekas setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali.

“Dia tanya, ‘Siapa PAS cadang jadi perdana menteri?’

“Saya kata, ‘Siapa Amerika setuju?’

“Tergamam dia!

“Saya jawab, ‘Amerika setuju siapa dia? Amerika sokong siapa dia?’ Itu jawapan daripada saya,” katanya.

Menurut Hadi, dia kemudian menceritakan pertemuan itu kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya cerita pada Mahathir. Mahathir kata bagus, jawabnya. Bagus,” katanya.

Kedua-dua lawatan Obama ke Malaysia, masing-masing pada April 2014 dan November 2015, berlangsung ketika Najib menjadi perdana menteri.

Najib mula menjalani hukuman penjara pada Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana SRC International.

Gambar fail, Najib Razak bersama Abdul Hadi pada himpunan solidariti terhadap genosid Rohingya pada 2017.

Pada sidang media selepas Muktamar PAS berakhir hari ini, Takiyuddin mengesahkan wakil Kedutaan AS pernah bertanya jika PAS merancang menjatuhkan kerajaan BN ketika itu.

“Wakil daripada kedutaan tanya adakah PAS merancang untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pada masa itu?

“Jadi, kami tak bagi apa-apa keputusanlah, lantas kita tidak mengharapkan campur tangan daripada negara-negara luar.

“Sebab politik negara kita, negara kitalah. Tak boleh campur tangan luar.

“Kalau parti lain nak campur tangan luar nak menjatuhkan, itu ikut merekalah. Kami tidak,” katanya.

Bagaimanapun, portal terkenal itu berkata mereka tidak dapat mengesahkan secara bebas mengenai dakwaan PAS ini dan tanpa teragak-agak Malaysiakini mendakwa mereka sedang menghubungi pihak Kedutaan AS dan Dr Mahathir bagi mendapatkan maklum balas lanjut.

Pada 2015, Hadi dilaporkan menggesa Mahathir menghentikan usahanya untuk menjatuhkan Najib kerana sebarang pertukaran perdana menteri perlu dilakukan melalui proses pengundian secara demokratik.

Gesaan itu dibuat dalam wawancara bersama Channel News Asia selepas Hadi berkata Najib perlu diberi peluang menghabiskan penggalnya sebagai perdana menteri kerana dipilih secara demokratik.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia