ADUN BN, PN Negeri Sembilan membisu selepas bertemu Zahid Hamidi
![]() |
| Ketua UMNO Negeri Sembilan Datuk Jalaluddin Alias hadir ke perjumpaan dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan krisis di Negeri Sembilan. Gambar FMT |
Portal berita Free Malaysia Today melaporkan pertemuan antara ADUN Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan dengan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato’ Onn tamat selepas berlangsung kira-kira tiga jam malam itadi.
Bagaimanapun, tiada wakil rakyat yang hadir mahu berkongsi hasil pertemuan berhubung kemelut pentadbiran Negeri Sembilan itu kepada media.
Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan Encik Fadil Zain pula memaklumkan Zahid akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkembangan terkini.
“Nanti presiden (Zahid) akan buat kenyataan,” katanya.
Pertemuan berkenaan diketuai Menteri Besar Datuk Ismail Lasim. Turut hadir, Ketua UMNO Negeri Sembilan Datuk Jalaluddin Alias yang juga ADUN Pertang serta Pesuruhjaya PAS negeri Encik Fairuz Mohd Isa (Serting) serta Encik Razali Abu Samah (Sikamat) daripada Parti Wawasan Negara.
Pertemuan itu bagi membincangkan pilihan untuk menyelesaikan kemelut pentadbiran negeri yang berlarutan dan semakin memuncak apabila Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) berkuat kuasa 20 September lalu.
Mereka adalah Encik Faizal Ramli, Encik Zaifulbahri Idris, Encik Mustapha Nagoor, Encik Siow Kong Choon, Puan Siti Nur Umaira, Puan Asna Amin,Encik Razi Ali, Encik Suhaimizan Bizar, Fairuz dan Razali.
Sebelum itu, 10 bekas exco terbabit menerima proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz pada April lalu adalah sah.
Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) kemudian berkata proklamasi itu tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak mandatori Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta menegaskan Menteri Besar dan Exco tidak mempunyai kuasa secara unilateral untuk mengosongkan jawatan Yang Dipertuan Besar.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.





Comments
Post a Comment