A Kadir Jasin menyanyi lagu 'Keliru' walau sudah terang lagi bersuluh
NYANYIAN LEWAT MALAM
Tiada Peruntukan Tahanan di Rumah?
1. Satu "donia" heboh apabila Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan Mohd Najib bin Abdul Razak jalani baki hukuman penjara di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta.
2. Pada 2024, satu dunia sibuk dengan kemunculan perlahan-lahan apa yang kemudiannya dikenali sebagai "Titah Adendum" oleh Sultan Abdullah ketika Baginda masih Yang di-Pertuan Agong.
3. Sultan Ibrahim menitahkan demikian pada 18 September. Sekonyong-konyong, hari ini 20 September, menteri yang jaga penjara, Safiuddin Nasution Ismail, dilaporkan berkata, Malaysia belum ada Akta Tahanan Rumah kerana rang undang-undang berkaitan belum dibentangkan di Parlimen.
4. Pelik dan ajaib. Kalau tidak ada undang-undang untuk tahan banduan di rumah, macam mana dua orang Yang di-Pertuan Agong berkenan menitahkan supaya beliau ditahan di rumah?
5. Menurut laporan media, Safiuddin mengesahkan yang undang-undang khusus mengenai tahanan di rumah belum wujud di negara ini.
6. Katanya, sebelum ini Kabinet telah memberikan persetujuan dasar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memulakan proses penggubalan.
7. Akhbar The Star melaporkan: "Malaysia currently has no specific law or legal framework allowing for home detention or house arrest, as confirmed by Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail."
8. Akhbar Sinar Harian melaporkan, cadangan awal Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai rang undang-undang tahanan di rumah bertujuan mengatasi kesesakan penjara, khusus bagi tahanan reman yang belum disabitkan atau gagal ikat jamin.
9. Mereka ini akan dipantau di rumah menggunakan peranti elektronik (electronic monitoring device). Bagaimanapun, undang-undang yang dicadangkan itu tidak terpakai bagi jenayah yang sedang menjalani hukuman berat.
10. Sistem penjara Malaysia boleh menampung 75,000 orang banduan sedangkan bilangan banduan sekarang 93,000 orang.
11. Maaflah kalau saya kata, saya keliru. Adakah Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan tidak tahu mengenai ketiadaan peruntukan untuk tahanan di rumah atau ia dilakukan mengikut peruntukan yang bersesuaian?
12. Daripada apa yang saya baca dan fahami, tahanan di rumah Mohd Najib ini adalah rentetan proses Lembaga Pengampunan dan hak belas kasihan (mercy) Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan Baginda memberi pengampunan, perlepasan (reprieve), dan penangguhan (respite).
Terima kasih.
Petikan hantaran di Facebook Datuk A Kadir Jasin, tokoh wartawan veteran dan bekas Penasihat Media Perdana Menteri Malaysia Ke-7 lewat malam tadi.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment