Suka hati Pakcik-lah nak habiskan RM700,000 duit KWSP dalam 3 minggu – duit Pakcik

Terpaksa kerja sebagai Pengawal Keselamatan lepas habiskan RM700,000 KWSP dalam 3 minggu

Seorang pesara telah menghabiskan wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM700,000 dalam tempoh hanya 21 hari, selepas mengeluarkannya pada usia 55 tahun.

Demikian akhbar dan portal berita popular Kosmo! memaparkan sebuah kisah dalam siarannya pada Rabu, 5 Ogos 2026.

Menurut akhbar Bahasa Melayu itu, perkara itu didedahkan sorang lelaki yang menyifatkan kisah berkenaan sebagai pengajaran besar mengenai kepentingan mengurus kewangan selepas persaraan.

Menggunakan profil @Badruldinzakaria, lelaki itu berkata, antara perbelanjaan utama individu terbabit ialah mengubah suai rumah, membeli kereta secara tunai dan mengadakan majlis perkahwinan anak.

“Pengajaran berharga daripada kisah ni. Hari ini, dia kerja pengawal keselamatan di pasar raya untuk kelangsungan hidup.

“Duit KWSP paling cepat habis yang pernah aku dengar,” ujarnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang menganggap kisah tersebut sebagai peringatan, namun ada juga berpendapat ia adalah hak individu berkenaan.

“Ikut pak cik la, duit pak cik tu. Dia pun mesti dah tak ada hutang, kerja santai ja pengawal keselamatan ni. Kalau tinggal duit, meninggal nanti tak merasa la dia,” komen @Eikazabidi.

“Saya nak buat bayaran bulanan macam pencen bila dapat duit KWSP. Boleh dapat dividen kalau duit tinggal dalam akaun KWSP,” ujar @1975nurulain.

“Okey la, kalau meninggal pun dah merasa duit hasil titik peluh. Tak la berebut anak beranak,” kata @Siakap_cheese. 

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT