Saravanan Bukan Ramanan—Surat Tepi Kepada PM

Gambar Sinar Harian 

Malaysiakini melaporkan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menafikan penglibatannya dalam urusan pengambilan pekerja asing, selain mendakwa dua individu dipaksa mengaitkannya dengan perkara itu.

Melalui surat bertarikh 24 Ogos yang dilihat sendiri oleh portal berita itu, bekas menteri sumber manusia itu menyifatkan tohmahan terhadapnya sebagai "liar dan tidak berasas", serta menegaskan dia dan keluarganya tidak pernah terlibat secara peribadi dalam proses pengambilan pekerja asing.

Saravanan juga dilaporkan memberitahu portal berita itu bahawa beliau mengesahkan surat berkenaan dihantar ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam namun enggan mengulas lanjut.

Beliau turut mengesahkan klip video yang memaparkan dirinya telah diedarkan kepada ahli MIC. Dalam rakaman itu, Saravanan berkata dia akan didakwa esok (hari ini).

SPRM sebelum ini memaklumkan seorang bekas menteri akan dihadapkan ke mahkamah esok (hari ini) namun tidak mendedahkan Saravanan sebagai identiti suspek.

Sementara itu, Saravanan pada suratnya mengatakan dua ahli perniagaan telah ditahan pada Ogos 2022 berhubung proses pengambilan pekerja asing.

Seorang daripada mereka meninggal dunia pada 28 Julai lalu manakala seorang lagi menghidap penyakit buah pinggang kronik.

"Kedua-dua individu ini telah dipaksa membuat pengakuan di luar kerelaan mereka hanya untuk mengaitkan nama saya demi niat jahat pihak tertentu," dakwanya.

Saravanan mendakwa suspek yang telah meninggal dunia dan hanya dikenali sebagai "Syed Amirul" dibebaskan empat hari selepas dia "bersetuju untuk mengaitkan namanya".

Bekas menteri itu turut mendakwa SPRM pernah mengugut untuk menangkap isteri Syed Amirul.

Menurut Saravanan, suspek kedua pula direman selama enam hari kerana enggan memberikan kenyataan yang mengaitkan dirinya dan terpaksa menjalani rawatan dialisis ketika dalam tahanan.

Katanya, suspek kedua kini bersedia untuk memberikan keterangan di mahkamah.

https://vt.tiktok.com/ZSVtMyA2P/

Tandatangan afidavit

"Sebaik sahaja Syed Amirul dibebaskan dengan jaminan tunai RM10,000, beliau dan isterinya cuba membetulkan kenyataan berunsur fitnah tersebut namun dihalang oleh pegawai SPRM.

"Atas nasihat peguam, Syed Amirul dan isterinya telah menandatangani satu afidavit di hadapan Pesuruhjaya Sumpah pada 22 September 2022, yang mana salinannya turut diserahkan kepada SPRM.

"Berikutan pengakuan dan kesilapan itu, SPRM pada 26 Jun 2023 telah memulangkan wang jaminan dan mengesahkan bahawa kes berkenaan telah diselesaikan tanpa sebarang siasatan dijalankan terhadap saya," tambahnya dalam surat setebal 15 halaman itu.

Bagaimanapun, Saravanan berkata SPRM memanggil semula Syed Amirul dan isterinya untuk disoal siasat pada November tahun lalu.

"Berdepan situasi ini, Syed Amirul dan isterinya mengambil pendirian lebih tegas dengan mengemukakan satu lagi afidavit bagi mengesahkan semula pengakuan (bahawa dia dipaksa mengaitkan Saravanan) yang dibuat pada tahun 2022.

"Sayangnya, Syed Amirul telah meninggal dunia pada 28 Julai 2026. Kini, SPRM dilihat cuba meneruskan tindakan terhadap saya walaupun saksi utama sudah tiada lagi," katanya.

Saravanan juga mendakwa ada bertemu Anwar beberapa kali untuk mengadu mengenai perkara berkenaan.

Menurut Saravanan lagi, antara perkara yang menurutnya penting dalam kes itu ialah:

(1) Tiada wang tunai atau bahan bukti yang didakwanya mempunyai kaitan dengannya dirampas dalam kes itu.

(2) Dia mendakwa tidak pernah memberikan arahan kepada mana-mana pegawai kerajaan, manakala kuasa memberikan kelulusan bukan di bawah bidang kuasanya.

(3) Dia juga mendakwa tidak mengenali mana-mana pemohon yang dinamakan dan tidak pernah berkomunikasi dengan Syed Amirul atau mana-mana individu lain sepanjang proses berkenaan.

Saravanan turut menzahirkan keyakinan bahawa Anwar sebagai ketua kerajaan, "amat prihatin dan sedar" bahawa tindakan terhadapnya merupakan "satu bentuk pendakwaan terpilih serta mempunyai niat jahat daripada agensi kerajaan".

Video terbitan Sinar Harian

"Saya amat menghargai keprihatinan dan tindakan sewajarnya daripada YAB Dato' Seri. Terima kasih," katanya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia