Salah Laku Pegawai Penyiasat Polis, Isteri Orang Kena Tahan Boleh Cetus Konflik Kepentingan

Di Kelantan, Pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai yang dikaitkan dengan dakwaan salah laku dengan seorang isteri orang kena tahan (OKT) bersabit dadah, digantung tugas sementara, lapor akhbar Sinar Harian semalam.

Akhbar itu memetik Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Mohd Khalid Ismail sebagai berkata, ia bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan telus dan sempurna selepas pihaknya menerima aduan berhubung salah laku pegawai berkenaan.

Menurut beliau, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai yang melakukan perkara bertentangan dengan undang-undang.

"Kita dah ambil tindakan supaya gantung sementara penugasan beliau (pegawai penyiasat) sehingga siasatan dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.

"Kita telah mengambil tindakan dengan melakukan siasatan dan beberapa tindakan untuk mengambil kenyataan mereka yang berkaitan telah pun dibuat," katanya semasa sidang akhbar semalam, Rabu 26 Ogos 2026.

Sebelum itu, KPN mengadakan tinjauan di sempadan berhampiran pangkalan haram Lubok Gong di Tanya Panjang yang turut dihadiri oleh Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Terdahulu tular di media sosial seorang pegawai penyiasat yang bertugas di Kuala Krai didakwa melakukan salah laku dengan seorang isteri orang kena tahan (OKT) berkaitan dadah, sehingga mencetuskan kemarahan penduduk serta warganet.

Ujar beliau, pihak pengadu juga sedang dikenal pasti dan kini dalam usaha mendapatkan keterangan individu terbabit bagi melengkapkan siasatan.

Jelasnya, individu berkenaan yang merupakan menantu pengadu bukan berasal dari Kelantan tetapi dari Negeri Sembilan.

"Kita sedang berusaha untuk mendapatkan kenyataan daripada dia," katanya.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023