Pertuduhan di mahkamah ditangguhkan kerana Ismail Sabri masuk hospital
Media tempatan dan antarabangsa melaporkan prosiding untuk mendakwa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – yang dijadual berlangsung hari ini – ditunda 20 hari lagi selepas ahli politik terbabit dimasukkan ke hospital dan disahkan tidak sesuai untuk didakwa dalam suasana yang mencemaskan.
Bekas Perdana Menteri Malaysia itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam.
Peguam Ismail Sabri, Encik Amer Hamzah Arshad, membuat permohonan penangguhan itu kepada hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Puan Suzana Hussin, pagi ini.
Suzana kemudian menetapkan tarikh untuk mendakwa Ismail Sabri dibuat pada 27 Ogos depan.
Portal berita Malaysiakini memetik Amer Hamzah sebagai berkata anak guamnya itu berdepan dengan masalah kesihatan ketika memberi keterangan kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dia dibawa ke IJN.
Ismail – yang merupakan Perdana Menteri Ke-Sembilan negara – dijadualkan hadir di hadapan Suzana pagi ini untuk menghadapi pertuduhan berkaitan pengisytiharan aset.
Ini bukanlah kali pertama Ismail Sabri, 66, dikejarkan ke hospital.
Pada Februari tahun lalu tokoh politik yang berasal dari Temerloh, Pahang itu dikejarkan ke hospital selepas rebah di rumahnya di Damansara, Kuala Lumpur. Insiden itu disyaki keluarganya disebabkan oleh tekanan darah tinggi.
Ahli Parlimen Bera itu dilaporkan disiasat SPRM pada tahun lalu mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.
Difahamkan ia berkaitan perbelanjaan dan perolehan untuk aktiviti promosi di bawah inisiatif Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment