Konspirasi Tabung Haji Buktikan UMNO dan PAS Tak Boleh Jadi Penyelamat Orang Melayu

KONSPIRASI TABUNG HAJI 

1. Pada zaman singkat pemerintahan Pakatan Harapan (PH) di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad, ia telah ambil tindakan ke atas skandal Tahung Haji (TH).

2. Ia tukar pengurusan dan buat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

3. Kerajaan PH juga pindahkan beban pelaburan yang merugikan kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd supaya TH boleh bayar hibah tanpa melanggar perlembagaan sendiri. 

4. Malangnya, UMNO yang bekas pemimpinnya menjadi dalang skandal TH, dengan disertai oleh PAS, memesongkan tindakan itu. Mereka mengalih perhatian kepada pemindahan aset lapuk TH kepada Urusharta Jamaah semata-mata kerana pada waktu itu Menteri Kewangan adalah seorang Cina dan dari DAP (Lim Guan Eng).

5. Mereka buat-buat lupa yang Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang "mempengerusikan" kerosakan ada seorang Melayu dari UMNO (Mohd Najib Abdul Razak).

7. Apabila kerajaan tebuk atap di bawah Muhyiddin Mohd Yasin ambil alih dan diikuti pula oleh kerajaan pseudo UMNO Ismail Sabri Yaakob, segala tindakan itu diabaikan.

8. Sejak itu, kerajaan yang silih berganti lebih banyak bermain politik daripada menyelesaokan masalah TH dan menghukum makhluk yang merosakkannya. Bukan TH saja, turut bermasalah adalah FELDA dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

9. Boleh kata, tidak ada pertuduhan mahkamah terhadap bekas ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan TH berkaitan pembabitan mereka. Sebaliknya ada yang diampunkan dan diberi bonus. 

10. Bekas pengerusinya, Abdul Azeez Rahim, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram tetapi dilepas dan dibebaskan. Lagi pun, kes terhadap beliau tidak kena mengena dengan kedudukannya di TH.

11. Kalau SPRM hendak siasat beliau berkaitan TH dan menghadapkannya ke mahkamah, ia boleh dilakukan tanpa melanggar hukum "double jeopardy". Begitu juga dengan ahli lembaga pengarah dan anggota kanan pengurusan yang lain.

12. Seawal tahun 2015 lagi, saya telah menulis dalam Blog saya memberi amaran mengenai konspirasi yang berlaku dalam TH. Saya menyebut mengenai ciri-ciri sumbang mahram korporat di mana TH berkongsi ahli lembaga pengarah dengan tabung-tabung dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLIC/GLC) yang lain serta memberi hutang kepada mereka, terutamanya 1MDB. TH memberi sokongan kewangan lebih RM900 juta kepada 1MDB. 

13. Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH, dalam laporannya, melabelkan kegiatan yang saya sebutkan itu sebagai pelaburan bersilang dan pertindihan ahli lembaga pengarah.

14. Oleh sebab itulah saya kata, kita belum boleh percaya kepada UMNO, apatah lagi di bawah kepimpinan yang ada sekarang. Mereka terlibat langsung dalam konspirasi TH dan skandal-skandal seperti 1MDB dan FELDA. Manakala yang lain membutakan mata, memekakkan telinga dan membisukan mulut.

15. Sampai hari ini pun, mereka masih bebas, berpengaruh dan disanjung. Mereka sedikit pun tidak berasa bersalah yang TH telah rugi RM13 bilion kerana persekongkolan mereka. 

16. Mohon baca keratan akhbar Sinar Harian yang dikepilkan untuk kefahaman yang lebih mendalam.

Terima kasih.


Dipetik dan adaptasi dari sebuah hasil tulisan tokoh wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, seperti hantaran di Facebook beliau semalam, Isnin, 17 Ogos 2026.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT