Bahas RCI Tabung Haji - Rafizi mengomel, PM serta-merta masuk hospital
Hari ini, Parlimen membahaskan laporan RCI Tabung Haji.
Setiap gabungan parti politik (PH, BN, PN) ada saham dalam apa yang berlaku:
1) penyelewengan dan salah urus tadbir berlaku di bawah BN, sehingga rizab Tabung Haji jadi negatif dan kerugian berbilion ringgit.
2) PAS mensucikan perkara itu malah mengulangi dakyah aset Tabung Haji dijual kepada bukan Islam, nak bekap UMNO.
3) PN tak bayar RM1.5b yang sepatutnya dibayar kpd TH atas alasan Covid, tapi guna wang buat Jana Wibawa boleh pula.
4) PH peram laporan RCI Tabung Haji selama 3 tahun untuk jaga hati UMNO, hanya buat keluar bila saya cuit untuk tunjukkan kompromi politik yang telah dibuat.
5) PH pun tak bayar RM11.5 bilion yang patut dilunaskan kepada TH ikut perjanjian sukuk UJSB pada Mei 2026, sebaliknya roll over komitmen itu ke 2036. Covid tak de dah nak buat alasan, agaknya apa alasan sekarang.
Kita sama-sama tengok perbahasan hari ini ada sentuh perkara-perkara ini ke tidak.
Kesian orang-orang Tabung Haji bertungkus lumus nak selesaikan masalah yang ditinggalkan, bila orang politik datang dan pergi tapi tak fokus kepada pemulihan Tabung Haji.
Dipetik dari hantaran di Facebook Datuk Seri Rafizi Ramli, pemimpin Parti Bersama Malaysia, semalam, Selasa 11 Ogos 2026.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment