Anda ingin menjadi beruk yang mana satu?
TEORI TIGA EKOR BERUK
Mengapa sesetengah orang mendapat yang terbaik—dan yang lain dibiarkan dengan apa sahaja yang tinggal.
Bayangkan tiga ekor beruk bergerak meredah hutan. Di hadapan mereka terdapat pokok-pokok yang sarat dengan buah-buahan. Tetapi bukan semua beruk berjaya sampai ke setiap pokok terlebih dahulu.
Beruk pertama bergerak keluar di hadapan. Dia mengambil risiko. Dia sendiri tidak tahu dan tidak pasti sama ada dia akan berjaya. Dia mungkin akan terjatuh.
Tetapi dia juga yang pasti mendapat buah terbaik terlebih dahulu.
Beruk kedua mengikut di belakang. Dia memerhati ke mana beruk yang pertama pergi. Dia mengambil risiko yang lebih rendah. Semestinya dia bergerak dengan lebih berhati-hati. Dan dia mendapat apa yang tinggal.
Beruk ketiga tidak tergesa-gesa. Dia sangat takut terjatuh. Dia menunggu saat yang paling selamat. Dia mengelakkan risiko seberapa boleh.
Dan akhirnya, dia hanya dapat memakan saki-baki lebihan buah. Itupun jika ada.
Kehidupan tidak selalu mengagihkan ganjaran secara sama rata. Yang pertama mendapat peluang terbesar. Yang kedua mendapat kompromi yang lebih selamat. Yang ketiga mendapat alasan mengapa dia tidak pernah mencuba.
Persoalan sebenar bukanlah tentang hutan. Sebaoiknya, ia adalah sama ada anda sanggup mengambil risiko yang diambil kira untuk peluang mendapatkan hasil terbaik terlebih dahulu.
Terjemahan dan olahan daripada sebuah artikel Bahasa Inggeris yang dikongsi rakan kami, Motorland pada hari Selasa, 25 Ogos 2026.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.





Comments
Post a Comment