A Kadir Jasin Memandang Dosa UMNO Kepada Pendeposit Tabung Haji

FIKIR BALIK PELABURAN TH

1. Jika kakitangan dan sistem Tabung Haji tidak boleh dipercayai atau tidak ada kemampuan berniaga, apa kata kita rombak strukturnya secara total?

2. Kita balik kepada matlamat asal seperti yang dicadangkan oleh Almarhum Ungku Aziz iaitu mengumpul simpanan orang Islam untuk tujuan mengerjakan haji.

3. Ungku Aziz cuba mengelak orang Islam Malaysia, yang majoritinya Melayu, daripada berhutang dan bergadai untuk mengerjakan haji.

4. Cadangan beliau itu terkandung dalam kertas kerja tahun 1959 bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji". Maka apabila ditubuhkan pada tahun 1963, ia diberikan nama "Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji".

5. Apa kata kita pisahkan urusan tabungan ini daripada urusan jemaah. Urusan jemaah ni bukanlah susah sangat. Sekadar pentadbiran dan logistik. 

6. Yang susah dan kerap jadi punca penyelewengan adalah menguruskan tabung. Satu supaya ia SELAMAT dan kedua supaya menjana keuntungan/hibah yang lebih baik. 

7. Jelas daripada Laporan RCI yang dihebahkan minggu lalu dan daripada siri penyiasatan selepas kejatuhan Kerajaan Barisan Nasional (BN) tahun 2018, yang menjadi rebutan dan punca penyelewengan adalah pelaburannya.

8. Misalnya, Kerajaan Mohd Najib Abdul Razak "mewajibkan" tabung serta syarikat berkaitan kerajaan (GLIC/GLC), termasuk Tabung Haji, membeli saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dan menyelamatkan (bail out) 1MDB. 

8. TH melabur antara RM1.25 bilion hingga RM1.3 bilion dalam FGV dan menderita kerugian atas kertas sebanyak kira-kira RM1.06 bilion apabila harga saham FGV jatuh merudum.

9. Konspirasi melibatkan TH dalam pelaburan tidak lestari FGV hanyalah satu daripada banyak dosa kepimpinan Umno-BN terhadap perbadanan tersebut.

10. Dalam skandal 1MDB pun TH dilibatkan. Ia diarah membeli sebidang tanah di projek 1MDB iaitu Tun Razak Exchange (TRX) bernilai RM188.5 juta. Pembelian tersebut dikritik sebagai usaha menyelamatkan kewangan 1MDB.

11. Natijahnya, kalau TH tidak ada kepakaran dan tidak amanah untuk menguruskan duit, kita pindahkan aspek duit ini kepada pihak yang ada kepakaran dan amanah.

12. Kalau tabung-tabung pelaburan macam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) boleh untung dan bayar dividen yang tinggi, mengapa TH tidak boleh?

13. Dividen purata 10 tahun KWSP bagi simpanan konvensional adalah 5.88 peratus dan syariah 5.60 peratus manakala dividen dan bonus ASB 5.99 peratus berbanding 4.8 peratus bagi TH. 

14. Bagi tahun kewangan 2025, TH isytihar hibah 3.50 peratus berbanding ASB 5.75 peratus dan KWSP 6.15 peratus. 

15. Tidak salah kalau aspek pelaburan TH diserahkan kepada pihak ketiga yang terbukti amanah dan berjaya macam PNB.

Sekian.


Dipetik dan adaptasi dari sebuah hasil tulisan tokoh wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, seperti hantaran di Facebook beliau pada hari ini, Isnin 3 Ogos 2026.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor