A Kadir Jasin Melihat Kedudukan Anwar Semakin Parah

HILANG NS; PH MAKIN PARAH

1. Seperti diramalkan oleh banyak pihak, Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa ke atas Dewan Undangan Negeri Sembilan. 

2. Daripada 17 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, ia hanya mampu mempertahankan 11 kerusi - DAP sembilan dan PKR dua. 

3. Barisan Nasional (BN) menambah kerusi daripada 16 kepada 18 - UMNO 16 dan MCA dua. Dengan sendirinya kurang satu kerusi untuk majoriti mudah. DUN Negeri Sembilan ada 36 kerusi. 

4. Tetapi, sebagai Gabungan Barisan Nasional-Perikatan Nasional, mereka ada lebih daripada cukup kerusi untuk tubuh kerajaan. Mereka ada 25 kerusi. 

5. PN memperluaskan pengaruhnya di negeri itu dengan memenangi tujuh kerusi - PAS empat dan Parti Wawasan Negara tiga. Dalam PRN 2023, BN menang 14 dan PN lama, lima. 

6. Kejatuhan PH semakin jelas. Parti pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, itu telah ditolak di Sabah, Johor dan kini Negeri Sembilan. Sudah boleh diramalkan yang ia akan menderita nasib yang sama di Melaka nanti.

7. Semakin jelas yang trend penolakan terhadap PH dan, sekali gus, terhadap kepimpinan Anwar, semakin buruk. 

8. Trend yang bermula dalam Pilihan Raya Umum 2022 itu berterusan dan semakin parah. Dalam PRU 2022, Anwar gagal mempertahankan majoriti yang dicipta oleh Dr Mahathir Mohamad dalam PRU 2018. Waktu itu Anwar dalam penjara.

9. Dalam PRU 2022, di bawah pimpinan Anwar, PH hanya menang 82 daripada 222 kerusi Parlimen berbanding 113 di bawah Dr Mahathir pada tahun 2018.

10. Dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri di enam buah negeri pada tahun 2023, PH hilang banyak kerusi yang dimenangi tahun 2018. 

11. Salah satu sebab PH semakin mundur adalah kegagalan Anwar melakukan transisi daripada Ketua Pembangkang kepada Ketua Kerajaan. Daripada naga bernyawa api kepada penyejuk hati. Beliau terus menjerit dan melalak seperti seorang pembangkang.

12. Hatta kalau beliau berjaya mentransformasi watak beliau sekali pun, kedudukan politik beliau tidak kuat. PH hanya disokong oleh 37.99 peratus pengundi dalam PRU 2022.

13. Lagi teruk, sekuku-sekutu beliau dalam Kerajaan Perpaduan Madani, khususnya BN, tidak cukup komited. UMNO mula tawar hati dan ketakutan apabila dituduh bersekongkol dengan DAP dalam Kerajaan Madani. 

14. Hendak salahkan UMNO pun tidak boleh juga. Bukan mereka yang pilih menyertai Kerajaan Madani tetapi Presiden mereka, Ahmad Zahid Hamidi. Sebab tersirat beliau sertai Kerajaan Madani semua orang sudah tahu. 

15. Akhir kata, kita tengoklah setakat mana Anwar boleh terus jadi Perdana Menteri setelah kalah di Johor dan Negeri Sembilan. 

16. Beliau kata, PH kalah beliau tetapi Perdana Menteri. Sekali pun beliau kekal Perdana Menteri, namun prestij beliau tetap jatuh. 

Sekian. Terima kasih.


Dipetik dan adaptasi dari sebuah hasil tulisan tokoh wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, seperti hantaran di Facebook beliau pada hari ini, Ahad 2 Ogos 2026.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor