1MDB Kurang Beri Kerjasama Untuk Laporan Interim Ketua Audit Negara

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam, Khamis 6 Ogos 2026, diberitahu bahawa laporan interim Ketua Audit Negara menyatakan skop audit terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya terhad kepada syarikat itu tanpa dibenarkan menjalankan siasatan atau membuat pertanyaan berhubung akaun bank peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Agensi berita rasmi Malaysia Bernama melaporkan bekas anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Encik Tony Pua, 54, sebagai berkata beliau mengetahui kandungan laporan itu kerana telah membacanya ketika berkhidmat sebagai anggota PAC pada tempoh berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada hari keempat perbicaraan saman sivil 1MDB berjumlah USD5.64 bilion terhadap Najib dan enam individu lain di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Encik Mohamad Redzuan Idrus.


Pua, saksi kedua pihak plaintif, berkata Ketua Audit Negara terpaksa menjalankan audit dengan hanya menyemak penyata kewangan teraudit 1MDB serta dokumen sokongan dikemukakan oleh juruaudit berkaitan berikutan kekurangan kerjasama yang ketara daripada syarikat berkenaan.

"1MDB gagal mengemukakan banyak dokumen penting, termasuk tetapi tidak terhad kepada perjanjian pelaburan dan penyata bank anak syarikatnya di luar negara. Skop audit Ketua Audit Negara juga dihadkan secara ketat kepada 1MDB dan tiada siasatan atau pertanyaan dibenarkan berhubung akaun bank peribadi Najib," katanya.

Pua berkata susulan laporan interim Ketua Audit Negara itu, Menteri Kewangan Kedua ketika itu, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menggesa pengkritik 1MDB supaya menghentikan dakwaan tidak berasas kerana menurut beliau, laporan dalaman Ketua Audit Negara berhubung audit terhadap 1MDB tidak menemukan "sebarang bukti salah laku."

Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, untuk membuang beberapa perenggan dalam pernyataan saksi Pua atas alasan ia mengandungi pandangan peribadi dan keterangan dengar cakap (hearsay).

Bahagian yang dibuang itu sebahagian besarnya merujuk kepada laporan media mengenai skandal 1MDB ketika pentadbiran Najib, termasuk beberapa artikel yang diterbitkan oleh Sarawak Report.

Pada 26 Disember 2025, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion terhadap Najib, 73, selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan menyalahgunakan kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.

1MDB dan anak syarikatnya - 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited serta Global Diversified Investment Company Limited, yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited, memfailkan saman sivil itu pada 7 Mei 2021.

Mereka menamakan Najib; bekas Pengarah Kewangan 1MDB Encik Terrence Geh Choh Heng; bekas Pengarah Eksekutif Encik Casey Tang Keng Chee; bekas Ketua Pegawai Pelaburan Encik Vincent Beng Huat Koh; bekas Ketua Pegawai Operasi Encik Radhi Mohamad; bekas Pengarah Pelaburan Encik Kelvin Tan Kay Jim; serta bekas Ketua Pegawai Pelaburan Encik Nik Faisal Ariff Kamil sebagai defendan.

Writ saman itu menyatakan bahawa plaintif, antara lain mendakwa semua defendan melakukan pecah amanah, melanggar kewajipan statutori, menyalahgunakan kuasa dan berpakat untuk menyelewengkan dana 1MDB.

Perbicaraan bersambung pada Isnin ini, kata Bernama.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor