Rais Yatim tenang dan pasrah
![]() |
| Tan Sri Dr Mohd Rais Yatim |
Di Seremban, Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Mohd Rais Yatim dengan tenang dan pasrah menerima keputusan Istana Negeri Sembilan untuk menarik balik dua darjah kebesaran yang membawa dua gelaran.
“Saya menerima keputusan itu dengan rela hati dan mempunyai falsafah dalam hidup bahawa musim berubah.
“Ada masa anda menerima anugerah dan ada masa ia boleh ditarik balik,” akhbar Bahasa Inggeris popular di Malaysia, The Star memetik Rais sebagai berkata menerusi satu persembahan video semalam, Khamis, 30 Julai.
Rais berkata Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman mengurniakan gelaran kepada beliau selepas dia (Rais) menamatkan perkhidmatan sebagai Menteri Besar.
Sebelum itu, pada Khamis, 30 Julai, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Zafir Ibrahim dilaporkan berkata Istana Negeri Sembilan telah menarik balik Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS), yang dianugerahkan kepada Rais pada 2001 dan Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (DSNS), dikurniakan kepadanya dalam tahun 1979.
“Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah menitahkan penarikbalikan kedua-dua gelaran berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan ini dibuat untuk menjaga kebesaran, maruah dan kehormatan institusi diraja Negeri Sembilan," katanya.
SPNS membawa gelaran Datuk Seri manakala DSNS membawa gelaran Datuk.
Rais turut menyuarakan harapan agar rakyat tidak menghakimi atau membuat andaian sendiri terhadap keputusan Istana untuk membatalkan gelaran tersebut.
Beliau berkata pembatalan itu bukan isu besar, kerana ahli politik kanan lain pernah mengalami nasib yang sama sebelum ini.
"(Bagi saya) Anugerah boleh diberikan dan anugerah juga boleh ditarik balik. Rakyat mungkin bertanya mengapa tetapi itu bukan saya yang sesuai untuk menjawab.
"Persoalan sama ada ia tindakan bijak mengeluarkan notis ini (penarikbalikan darjah kebesaran hari ini (semalam) akan diserahkan kepada rakyat Negeri Sembilan khususnya pengundi di DUN Klawang dan Jelebu," katanya.
Pilihan raya negeri akan diadakan pada 1 Ogos ini dan anak lelaki Rais yang bernama Danni akan bertanding sebagai calon di Klawang di bawah tiket Perikatan Nasional.
Rais dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota dalam tahun 2013 Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang membawa gelaran Tan Sri.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.





Comments
Post a Comment