Pendedahan Laporan RCI TH Dijangka Jejas Imej UMNO Yang Secara Terbuka Bekerjasama Dengan PAS Ketika Masih Dalam Kerajaan

PAS terjebak dalam persekongkolan dengan sebuah parti yang dibebani pelbagai rekod rasuah, akan menerima tempias yang dahsyat

Pemimpin utama Parti Bersama Malaysia (Bersama) Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melengahkan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) demi menjaga hati UMNO. Dia mendakwa penemuan laporan itu bakal membongkar kegagalan parti berkenaan mengurus dana simpanan jemaah haji itu.

Demikian menurut laporan portal berita Malaysiakini semalam.

Kata bekas Menteri Ekonomi itu lagi, laporan berkenaan sepatutnya didedahkan pada 2023 selepas ia disiapkan kerana mengandungi dapatan berkepentingan awam yang wajib diketahui umum.

Rafizi, yang ketika itu ahli jemaah menteri di bawah pentadbiran Anwar, mendakwa usaha mengumumkan laporan berkenaan ditangguhkan kerana perdana menteri mahu menjaga hubungan baik dengan UMNO.

"Pada ketika itu, Anwar sangat berhati-hati untuk menjaga hati UMNO, maka keputusan dibuat untuk menanam laporan itu,” Rafizi dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan, semalam.

Susulan jalan buntu politik selepas pilihan raya umum 2022, Anwar menjadi Perdana Menteri melalui kerjasama dengan musuh tradisi Pakatan Harapan iaitu UMNO. Kerjasama yang goyah itu mula teruji selepas BN memutuskan untuk bertanding menentang PH dalam pilihan raya negeri Johor dan Negeri Sembilan.

Awal semalam, Anwar memberi bayangan bahawa laporan RCI itu akan didedahkan pada masa terdekat, atau Rabu depan selepas mesyuarat kabinet.

Beliau memberitahu bahawa kerajaan secara prinsipnya bersetuju untuk mengumumkan laporan tersebut, namun ia ditangguhkan bagi memberi ruang kepada pelan pemulihan serta reformasi pengurusan TH berjalan tanpa menjejaskan keyakinan awam.

Walau bagaimanapun, Rafizi mendakwa laporan itu ditahan kerana ia bakal membongkar bagaimana TH rosak di bawah pentadbiran UMNO, sekali gus mendedahkan kegagalan tadbir urus dana berkenaan.

“Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) Tabung Haji adalah terperinci dan saya yakin ia akan menunjukkan bagaimana institusi itu rosak di bawah pentadbiran UMNO.

“Ia juga membantu rakyat menghadam bagaimana sepak terajang politik, melalui tindakan suci mensuci terutamanya oleh PAS, membawa kekeliruan di kalangan rakyat mengenai apa yang telah terjadi di TH,” katanya.

Menurut Rafizi, walaupun pentadbiran PH menyelamatkan institusi kewangan itu pada 2019, kesannya tetap parah apabila puluhan bilion duit cukai rakyat digunakan bagi menampung kerugian pelaburan yang dialami selama lebih sedekad.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu turut mendakwa TH memerlukan masa berdekad lagi untuk kukuh sepenuhnya manakala rakyat terus menanggung beban hutangnya.

Rafizi juga membayangkan bahawa masa pendedahan laporan itu bukan satu kebetulan. Katanya, isu berkenaan telah dibangkitkan dalam ucapan kempen pilihan raya negeri Johor dua minggu lalu bagi menunjukkan bagaimana kompromi politik akhirnya boleh memakan diri.

“Saya adalah orang yang paling gembira apabila laporan RCI Tabung Haji ini didedahkan kerana ia membuktikan semua pendedahan yang saya telah buat antara 2015 hingga 2018 mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji adalah benar.

“Saya lebih gembira kalau ia didedahkan dengan niat untuk membawa kebenaran seawal 2023 lagi, namun saya berdoa biarlah ada pengajaran kepada rakyat Malaysia dari episod-episod ini,” katanya.

Bekas Perdana Menteri kontroversi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Pada 14 Julai 2021, Timbalan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kabinet bersetuju menubuhkan RCI untuk menyiasat TH.

Siasatan itu ditugaskan untuk meneliti dapatan audit oleh syarikat perunding PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger merangkumi tempoh dari 2014 hingga 2020.

Siasatan tersebut tidak merangkumi pelan pemulihan dan penstrukturan semula TH yang sedang dilaksanakan ketika itu.

Sejak itu, kerajaan menyimpan rapi laporan berkenaan, manakala desakan berulang kali supaya dapatannya didedahkan kepada umum hanya menerima jawapan umum atau ditolak sepenuhnya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor