Jika Begitu, Kerajaan Juga Boleh Saman Kerana Menggunakan Jenama Madani Tanpa Kebenaran Pencipta

Mahkamah arah JPJ bayar RM40,000 dalam kes hak cipta plat MADANI

Akhbar Sinar Harian melaporkan semalam bahawa Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertanggungjawab atas pelanggaran hak cipta berkaitan penggunaan bahan promosi bagi program bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas MADANI.

Dalam penghakiman yang disampaikan pada Selasa 14 Julai 2026, Hakim, Datuk MM Edwin Paramjothy memutuskan Pengarah Program Ilham Madani Sdn Bhd, Encik Hasan Azhari Hashim selaku plaintif diberikan ganti rugi statutori dan tambahan berjumlah RM40,000 serta kos sebanyak RM25,000.

Tindakan sivil itu difailkan pada 15 Januari 2025 susulan dakwaan penggunaan tanpa kebenaran karya seni promosi berhak cipta milik Hasan Azhari ketika pelancaran program bidaan nombor pendaftaran khas itu oleh kerajaan.

Menurut kenyataan media, peguam plaintif, Encik Rajesh Nagarajan semalam, Khamis 16 Julai, berkata sebelum pelaksanaan program berkenaan, anak guamnya telah menghasilkan cadangan plat nombor pendaftaran khas itu malah mendaftarkan karya berhak cipta bertajuk 'Kertas Kerja Mewujudkan Nombor Plat Khas Kenderaan Bersiri MADANI 1 sehingga MADANI 9999 Untuk Didaftarkan Di Malaysia' dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Beliau berkata, plaintif turut mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan beberapa kali, namun ia ditolak atas pertimbangan dasar.

Bagaimanapun katanya, kerajaan selepas itu meneruskan program bidaan awam bagi siri MADANI yang didakwa menggunakan bahan promosi berhak cipta milik Hasan Azhari tanpa kebenaran.

Sebelum ini, pada 5 November 2024, akhbar dan portal berita Bahasa Melayu berpengaruh itu melaporkan Hasan Azhari mengemukakan surat tuntutan (LOD) kepada kerajaan supaya membayar ganti rugi RM1.3 juta berhubung dakwaan pelanggaran harta intelek itu.

Menerusi surat tuntutan berkenaan, beliau menuntut bayaran ganti rugi bersamaan separuh daripada hasil penjualan nombor plat tersebht, dalam tempoh tujuh hari selepas surat berkenaan diterima.

Berdasarkan dokumen berkenaan, Hasan Azhari mendakwa menjadi pemilik sah karya hak cipta terbabit, mengikut Seksyen 26B Akta Hak Cipta 1987.

Sementara itu, pada 25 Oktober 2024, Ketua Pengarah JPJ ketika itu, Datuk Aedy Fadly Ramli memaklumkan bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri MADANI yang berlangsung dari 19 hingga 23 Oktober 2024, berjaya merekodkan kutipan RM2.62 juta.

Beliau berkata, MADANI 6 merekodkan harga bidaan tertinggi iaitu RM68,888, diikuti MADANI 5 (RM58,001), MADANI 4 (RM55,000), MADANI 3 (RM51,111) dan MADANI 33 (RM42,110).

Menurutnya, bidaan itu menarik penyertaan 5,632 pembida dengan 3,263 daripadanya berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.

Kes berkenaan sebelum ini mendapat perhatian selepas Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke Siew Fook menyatakan Hasan Azhari bebas membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Mengulas keputusan Mahkamah Tinggi itu, Rajesh berkata, keputusan berkenaan membuktikan hak harta intelek tetap dilindungi walaupun pihak yang didakwa melakukan pelanggaran ialah pihak berkuasa awam.

"Anak guam kami tidak pernah berniat menghalang kerajaan melaksanakan inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat.

"Apa yang dituntut hanyalah pengiktirafan bahawa karya kreatif mendapat perlindungan undang-undang dan tidak boleh digunakan tanpa kebenaran," katanya.

Menurut kenyataan itu, defendan mempunyai tempoh satu bulan dari tarikh penghakiman untuk memfailkan rayuan sekiranya berhasrat berbuat demikian.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

It happens everywhere—Not only in our country

Pahang DAP exco man awarded RM1.2mil damages over libel