Hak Mereka Hantar Surat Kepada Setiausaha Negara AS

Sekurang-kurangnya Mahathir dan Anwar telah membuktikan mereka berani bersuara di pentas dunia

Menjadi rahsia terbuka ramai ahli politik di Amerika Syarikat bergantung kepada sokongan kewangan daripada ahli-ahli perniagaan besar dari Israel. Kebergantungan ini bukan baharu, ia untuk survival politik masing-masing.

Justeru, mereka sebenarnya tidak bebas. Sebaliknya, tertakluk kepada rentak mengikut telunjuk kepentingan Israel.

Dari satu sudut, AS hanyalah satu persembahan di barisan hadapan yang dikawal Israel. Mungkin ada kebenaran kenyataan negarawan Malaysia Tun Dr  Mahathir Mohamad di suatu ketika dahulu, iaitu AS adalah proksi Israel.

Macam sesetengah politikus Melayu juga. Lantang memperjuangkan hak Melayu. Pada masa sama mereka tertakluk kepada terpaksa mengikut telunjuk taukeh-taukeh Cina yang membiayai kehidupan harian dan kos kerjaya politik masing-masing.

Hendak berpolitik bukan murah, apa lagi mereka sendiri tiada duit. Mereka perlukan pembiaya yang sudah tentu tidak menaja secara percuma.

Semalam, Malaysiakini melaporkan beberapa ahli politik menulis surat kepada Setiausaha Negara AS Encik Marco Rubio supaya menyemak semula hubungan keselamatan dan ekonomi Washington dengan Malaysia serta mempertimbangkan penggantungan dana latihan ketenteraan kepada negara ini.

Hanya Mahathir dan Anwar berani bersuara lantang anti-Israel

Ia susulan kenyataan yang didakwa sebagai anti Yahudi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang mahu mengusir warganegara Israel yang ditemui di negara ini.

Desakan itu dibuat menerusi surat bertarikh 21 Julai oleh lapan wakil parti pemerintah, Demokrat, yang diketuai oleh Encik Josh Gottheimer dan Encik Greg Landsman.

Encik Marco Rubio

"Sama sekali tidak boleh diterima apabila seorang ketua kerajaan mengisytiharkan secara terbuka bahawa negaranya akan memburu dan mengusir warganegara sekutu rapat kami semata-mata berdasarkan kewarganegaraan mereka.

“Perkara ini tidak sepatutnya ditanggung oleh pembayar cukai Amerika," kata mereka.

Gimik politikus Amerika untuk menggembirakan, membodek Israel

Dalam surat berkenaan, mereka meminta Jabatan Negara AS menjelaskan langkah yang diambil bagi membalas kenyataan Anwar, di samping menggesa Rubio menggantung program Pendidikan dan Latihan Ketenteraan Antarabangsa (Imet) sekiranya Putrajaya tidak membatalkan dasar itu dalam tempoh 15 hari.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

"Kami mendesak kamu menggunakan setiap pendekatan yang ada untuk menegaskan bahawa tindakan ini (oleh Malaysia terhadap orang Yahudi) ada akibatnya.

"Memandangkan adanya ruang diplomatik ini, kami percaya AS perlu menegaskan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaannya bahawa bantuan serta sokongan kami hadir bersama harapan agar mereka tidak menyasarkan warganegara daripada salah satu sekutu paling rapat kami," kata mereka.

Mereka juga menuduh Malaysia mengekalkan hubungan dengan Hamas dan mendakwa pejuang kumpulan itu pernah menjalani latihan di negara ini.

Kata mereka, kerajaan negara ini "menerima pengganas tetapi menjadikan warganegara Yahudi sebagai sasaran".

Ketegasan Anwar

Minggu lalu, Anwar memberi amaran kerajaan akan segera mengusir mana-mana warga Israel yang didapati berada di Malaysia susulan dakwaan Network School menempatkan warga negara itu di Forest City, Johor.

Network School menjadi perhatian umum selepas timbul dakwaan di media sosial bahawa warga Israel yang menggunakan pasport kedua menetap di komuniti teknologi berkenaan.

Network School menjadi perhatian umum selepas timbul dakwaan di media sosial bahawa warga Israel yang menggunakan pasport kedua menetap di komuniti teknologi berkenaan.

Tindakan penguatkuasaan kemudian dipertingkatkan pada 14 Julai.

Susulan perhatian meluas terhadap isu berkenaan, pengasas Network School yang juga pelabur teknologi Amerika Syarikat, Encik Balaji Srinivasan, secara terbuka memohon pertemuan dengan perdana menteri dengan berkata komuniti teknologi global memerlukan jaminan sebelum meneruskan uppelaburan di Malaysia.

Melalui hantaran di X pada 16 Julai, Srinivasan berkata Network School telah melabur lebih RM100 juta di Malaysia dan pelaburan lanjut oleh organisasi itu serta pelabur lain ditangguhkan sementara menunggu kepastian lebih jelas daripada kerajaan.

Dia turut menegaskan komuniti itu mematuhi undang-undang Malaysia dan menghormati kedaulatan negara.

Encik Balaji Srinivasan

Lazimnya, pemegang pasport Israel tidak dibenarkan memasuki Malaysia tanpa kelulusan, memandangkan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Minggu lalu, jabatan imigresen menjalankan pemeriksaan dan mendapati semua 256 warga asing di Network School mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menghentikan lesen perniagaan Network School berkuat kuasa semalam, 22 Julai, susulan ketidakpatuhan terhadap syarat lesen serta penggunaan premis di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan itu.

Menurut MBIP, sebuah premis Network School beroperasi tanpa lesen perniagaan, manakala sebuah lagi yang diluluskan untuk kegunaan pejabat didapati digunakan bagi aktiviti di luar tujuan yang dibenarkan.

Dalam kenyataan semalam, MBIP turut berkata papan tanda yang dipamerkan di premis berkenaan tidak sepadan dengan permohonan iklan yang diluluskan.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor