Dua Versi Cerita Berbeza Mengapa Khalid Ibrahim Dipecat Dari PKR

Akaun Facebook Cardock semalam mengimbas kembali kisah lama politik di zaman kegemilangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor.

Hantaran itu berkata, isu pemecatan Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR pada tahun 2014 mempunyai dua naratif yang berbeza antara dakwaan peribadi beliau dan penjelasan rasmi pihak parti.

Menurut dakwaan Khalid Ibrahim dalam siri ceramah politik beliau, punca utama pemecatan tersebut adalah kerana keengganan beliau membenarkan dana kerajaan negeri Selangor digunakan untuk membiayai aktiviti PKR. Beliau menegaskan bahawa wang pentadbiran negeri merupakan duit rakyat yang tidak sepatutnya disalahgunakan demi kepentingan politik kepartian.

Sebaliknya, PKR memberikan alasan rasmi yang berbeza mengenai tindakan disiplin tersebut. Lembaga Disiplin PKR memecat beliau secara serta-merta kerana mengingkari keputusan parti yang mahu beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar bagi menjayakan "Langkah Kajang". 

Selain itu, pihak parti turut menyatakan pemecatan tersebut berpunca daripada kegagalan beliau menguruskan kebajikan parti serta beberapa isu pentadbiran negeri, termasuk kontroversi projek Lebuhraya Kidex dan rundingan penstrukturan semula industri air Selangor.

Di ruang komen, netizen Jemang Misdan berkata: "Antara Almarhum Tan Sri Khalid punya alasan dengan PKR, saya lebih percaya TS Khalid. Dia janji air percuma, dia bagi. Dia janji bantuan pelajaran anak Selangor, dia bagi. Kerja bagus sampai Almarhum Sultan Selangor puji dia adalah MB terbaik Selangor pernah ada. Seumur hidup tak pernah ada skandal rasuah dan moral..

Seorang lagi warga maya, Suhaini binti Saperan mengulas: "Masa arwah jadi MB Selangor merasa lah bayar air bawah RM10 bertahun2 juga. Sekarang bil air setiap bulan RM40 keatas walaupun isi rumah semakin kurang sebab anak ada yang dah kahwin dan duduk kolej. ☺️ Begitulah.

Wallahualam.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor

It happens everywhere—Not only in our country