Reformasi FAM—Kontrak Cklamovski, Friend ditamatkan atas persetujuan bersama
Kenyataan media Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya Encik Rob Friend dan ketua jurulatih Encik Peter Cklamovski ditamatkan.
Kontrak Friend ditamatkan pada 1 Jun lalu manakala Cklamovski dan dua staf teknikal Encik Matthew Smith serta Encik Seiya Imazaki berkuat kuasa pada 16 Jun 2026.
Menurut FAM, penamatan kontrak itu dibuat melalui persetujuan bersama kedua-dua pihak.
Kontrak Ketua Jurulatih Pasukan bawah 23 tahun Encik Nafuzi Zain dan jurulatih penjaga gol Encik Mohd Yazid Mohd Yassin turut ditamatkan atas persetujuan bersama, berkuat kuasa pada 15 Jun 2026.
“FAM menghormati keputusan yang dibuat dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan bersama pasukan kebangsaan.
“Bagi memastikan kelancaran hala tuju dan kesinambungan program pasukan kebangsaan, FAM sedang mengambil langkah-langkah yang sewajarnya berhubung pengisian jawatan-jawatan berkenaan.
“Sebarang perkembangan lanjut mengenai pasukan kebangsaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata FAM.
Menurut portal berita Malaysiakini, Friend dan Cklamovski antara dua pakar asing yang dibawa masuk bagi memperkuat skuad kebangsaan dalam rangka penstrukturan semula dua tahun lepas.
Harimau Malaya juga pertama kali diletakkan bawah pengurusan CEO berbanding langsung di bawah FAM.
Bagaimanapun, dalam era ini Malaysia terpalit skandal penggunaan pemain warisan palsu menyebabkan pasukan negara terlepas ke Piala Asia dan jatuh ranking mendadak, walaupun menunjukkan hasil memberangsangkan pada peringkat awal.
Terdahulu, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) juga mencadangkan supaya pengurusan skuad Harimau Malaya dikembalikan sepenuhnya kepada FAM.
Perkara itu sebagai antara syor reformasi hasil audit terhadap badan induk bola sepak negara itu yang dibentangkan pada kongres khas (EGM) FAM di Kuala Lumpur.
Audit pelbagai bidang utama turut meletakkan FAM berada pada tahap 2 (pra Pertengahan) daripada lima peringkat (terbaik), kata portal berita itu.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment