Anwar sindir BN Johor?

Rakyat beratur panjang terima bantuan budaya kuno dan lapuk, kata PM Anwar

Agensi berita rasmi Malaysia, Bernama melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Kerajaan MADANI untuk menamatkan amalan kuno yang merendahkan maruah rakyat, termasuk budaya memaksa golongan memerlukan beratur panjang demi mendapatkan pengagihan bantuan kewangan.

Beliau berkata pendekatan sedemikian tidak sepatutnya berlaku lagi dalam era digital kini kerana tindakan itu seolah-olah tidak menghormati rakyat serta menyamai sistem lapuk ratusan tahun dahulu.

"Saya tidak setuju kalau sekarang, tahun 2026, rakyat masih lagi perlu beratur (untuk terima bantuan). Ini bukan soal politik pilihan raya. Jangan anggap rakyat itu hamba …. Kita sekarang merdeka, berdaulat, rakyat ada harga, ada hak, ada kebebasan, ada semangat kemerdekaan," kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Negeri Johor di sini, malam ini.

Yang turut hadir Setiausaha Agung DAP Encik Anthony Loke Siew Fook, Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga Naib Presiden PKR, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil.

Hadir sama, Naib Presiden PKR yang juga Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan dan Pengerusi DAP Johor Puan Teo Nie Ching.

Mengulas lanjut tentang reformasi sistem penyampaian bantuan, Anwar berkata Kerajaan MADANI kini mengutamakan kaedah penyaluran terus ke dalam akaun bank bagi memastikan kebajikan warganegara terpelihara dengan penuh hormat.

Beliau mempersoalkan keperluan mengekalkan kaedah lama sedangkan bantuan kewangan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan bantuan awal persekolahan kini boleh dikreditkan secara langsung.

Anwar berkata langkah memasukkan bantuan kewangan secara terus perlu dilaksanakan supaya tiada lagi pihak terpaksa beratur panjang untuk menerima bantuan, sekali gus mencerminkan keprihatinan tinggi kerajaan terhadap maruah rakyat.

Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan komited dalam memastikan keadilan pendidikan menerusi jaminan kemasukan ke program matrikulasi bagi semua pelajar yang memperoleh keputusan 10A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tanpa mengira latar belakang kaum.

Beliau berkata langkah itu diambil bagi menghargai pencapaian cemerlang anak-anak tempatan, sekali gus menepis dakwaan pihak tertentu yang cuba mempolitikkan isu berkenaan demi kepentingan politik sempit.

Menurut Anwar, keputusan memberikan jaminan tempat di matrikulasi kepada semua pelajar yang mendapat 10A tanpa mengira kaum telah dipersetujui secara bersama oleh semua wakil parti dalam mesyuarat Kabinet Kerajaan Persekutuan.

Beliau turut mengingatkan semua pihak agar tidak menggunakan platform politik untuk meniupkan sentimen perkauman yang boleh memecahbelahkan masyarakat, sebaliknya memfokuskan usaha membina kecemerlangan pendidikan demi masa depan generasi muda negara.

Menyentuh mengenai kemunculan parti baharu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Anwar berkata semua pihak mempunyai hak untuk menubuhkan parti sebagai wadah dan landasan perjuangan politik mereka.

"Nak uji (sokongan) paling utama semasa pilihan raya. Parti banyak, tiap minggu ada parti baharu, masing-masing ada hak, tetapi saya nak tanya apa yang lain dan apa yang istimewa? Ini negara yang penuh cabaran (untuk ditadbir)," kata beliau.

Sehubungan dengan itu, katanya, rakyat diingatkan supaya menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk menilai dan memilih kerajaan yang berkhidmat kepada rakyat dan bukannya yang terlibat dengan amalan salah guna kuasa atau politik perkauman.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Pengisytiharan Pengurniaan Gelaran Tengku Puan Bendahara

Sama juga dengan awak semasa menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM dulu

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?