Nak tembak TMJ, tapi senapang dihala ke arah FAM

Terima sahajalah hukuman FIFA, tapi apa akan jadi selepas ini? Peminat Malaysia akan beralih arah kepada bolasepak luar negara dan antarabangsa?

Keputusan Pahang FC beberapa bulan lalu menarik diri dari menyertai Liga Bolasepak Malaysia menjadi petanda awal sesuatu yang lebih buruk akan menimpa sukan paling diminati itu.

Alasan sebenar penarikan diri ialah masalah kewangan di mana mereka tidak berkemampuan menyertainya. Peminat bolasepak Tok Gajah menggeleng kepala macam mana pasukan negeri terkuat di Malaysia boleh tiada duit. Maka timbul spekulasi pengurusan kewangan yang teruk tanpa dapat dipastikan hasil pengauditannya.

Tanpa berselindung, bila nasi sudah menjadi bubur, banyak pihak menuding jari menyalahkan seorang individu berkarisne iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim, lebih dikenali sebagai TMJ yang kini memegang tanggungjawab sebuah negeri, iaitu Pemangku Sultan Johor.

Namun, tiada seorang pun yang berani menghala senapang mereka ke arah TMJ secara tepat. Hanya sekadar sipi-sipi dengan ulasan berbentuk sindiran. 

Berkonsepkan pukul anak sindir menantu, maka FAM menjadi sasaran serangan untuk menyerang seorang individu yang lain.

Tidak perlulah Permadu Malaysia menyebut nama para pengkritik berkaitan kerana kita semua sudah maklum siapa mereka. Kita telah didedahkan pelbagai berita mengenai isu bolasepak ini sejak kebelakangan ini.

Cuma satu perkara yang perlu diingatkan. Jangan kerana isu yang serius dan memalukan ini, kita lupa banyak kebaikan, sumbangan, jasa dan pengorbanan yang telah ditaburkan oleh TMJ kepada pembangunan bolasepak negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya.

Mungkin bukan semua orang bersetuju dengan pengambilan pemain import yang diberi kerakyatan untuk mewakili pasukan Harimau Malaya. Namun, ketidaksetujuan tidak seharusnya mewajarkan kita menyalahkan seseorang individu tanpa mengambil kira sejarah kepimpinan FAM itu sendiri selama lebih dua dekad.

ADVERTISEMENT 

Masalah pembangunan bolasepak Malaysia sudah menjadi barah dalam FAM sejak sekian lama membabitkan pemimpin-pemimpin terdahulu.

Malah, TMJ sendiri sebelum ini menzahirkan dukacita baginda kerana sering dipersalahkan sejak 13 tahun pembabitannya dalam pembangunan bolasepak di negara ini.

TMJ sebenarnya adalah seorang anak raja yang humble. Dalam tempoh penglibatan baginda di arena bolasepak, Tunku Mahkota Johor itu pernah dihukum FAM, dan baginda menerimanya dengan fikiran terbuka lagi profesional.

Baginda telah melakukan sebaik mungkin untuk menjayakan pembangunan sukan ini mengikut keupayaannya.

Pemerhati sukan ada PhD pesan FAM dan sewaktu dengannya tak perlu bersandiwara

Sementara itu, akhbar Kosmo! menyiarkan berita hari ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya mempunyai satu ‘talian hayat’ untuk menyelamatkan maruahnya ketika Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bertegas menolak rayuan dikemukakan badan induk itu terkait hukuman pemalsuan dokumen. 

Bagi FAM, mereka mengakui masih terlalu awal untuk mengibarkan bendera putih dan sedia ‘melawan’ FIFA dengan membawa kes tersebut ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dalam tempoh 21 hari. 

Namun bagi pemerhati sukan tanah air, Datuk Dr. Pekan Ramli, beliau menggesa FAM agar tidak meneruskan ‘sandiwara'.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

LOKMAN TELLS AG: CHARGE MEN IN SEX VIDEO OR FACE OUR LAWSUIT

Bersama expected to win half of PKR, DAP and Amanah's existing parliamentary and state seats in Johor