FIFA betul, kata AFC

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menyifatkan tindakan FIFA ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia, (FAM) dan tujuh pemain warisannya, adalah sah dalam statut perlembagaannya, TV3 melaporkan semalam.

Sementara itu, media melaporkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) akhirnya membuka mulut berhubung keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang menghukum Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai kesalahan amat serius.

Menerusi satu kenyataan media oleh AFC, badan induk Asia itu akan bertindak berdasarkan Kod Tatatertib FIFA.

AFC menegaskan, mereka mengambil maklum mengenai keputusan FIFA dan mengakui ia memberi kesan besar, khususnya kepada pertandingan di bawah kelolaan konfederasi berkenaan.

"AFC mengiktiraf keseriusan perkara ini dan potensi implikasi terhadap kejohanan kami. Situasi ini akan diteliti dengan teliti mengikut peraturan yang berkuat kuasa sebaik sahaja prosiding FIFA dimuktamadkan sepenuhnya," kata AFC seperti dipetik Harian Metro.

Setakat ini, AFC belum mengumumkan sebarang tindakan lanjut terhadap FAM atau pemain terbabit.

Bagaimanapun, situasi semasa itu mencuri perhatian peminat bola sepak tempatan yang bimbang kes berkenaan bakal menjejaskan penyertaan Malaysia dalam kejohanan antarabangsa.

Ketika ini, skuad Harimau Malaya sedang beraksi dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2027 yang dikelolakan oleh AFC di mana tujuh pemain warisan terbabit turut beraksi.

Malah, kelab tempatan iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT) yang menggunakan tiga khidmat pemain warisan itu juga boleh memberi kesan kepada penyertaan skuad Harimau Selatan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.

FIFA menggantung tujuh pemain warisan babitkan Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia