Adam Adli yang dulu pendemo, bukanlah yang sekarang.. timbalan menteri
Pemuda MCA pertahan Akmal UMNO, sindir Adam Adli PKR
Pengarah Komunikasi Pemuda BN berpendapat tiada keperluan Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh menarik balik sebarang kenyataan berhubung pengampunan diraja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bukan kesalahan atau bercanggah dengan undang-undang di negara ini.
Sebaliknya, Encik Neow Choo Seong berkata, perkara dinyatakan Akmal adalah bersifat pertanyaan yang berniat untuk mendapatkan penjelasan sejurus kenyataan Peguam Negara pada 28 Disember 2024 berhubung isu tersebut.
"Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Adam Adli Abd Halim dahulunya cukup dikenali dan disanjungi anak-anak muda kerana memperjuangkan reformasi keadilan serta menentang kezaliman. Beliau juga mempunyai pengalaman luas mengetuai beberapa siri demontrasi jalanan suatu ketika dahulu.
"Maka, Pemuda BN ingin menjemput dan berharap Adam Adli dapat hadir bersama kami untuk menuntut keadilan dalam sistem perundangan negara," katanya menerusi laman Facebook semalam, seperti dipetik Sinar Harian.
Sebelum ini, Encik Adam Adli meminta Muhammad Akmal menarik semula kenyataan yang mempertikaikan pengampunan diraja Perdana Menteri.
Adam Adli berkata, pengurniaan pengampunan bukan keputusan dilakukan sewenang-wenangnya mengikut desakan politik, namun dilindungi mekanisme yang ditetapkan undang-undang dan perlembagaan.
Tambah Choo Seong, pada 21 Disember lalu Anwar menyifatkan terdapat kelemahan dalam beberapa kes pendakwaan yang dibuat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Jelasnya, ini kerana ia dilakukan secara tergesa-gesa dan didorong oleh kebencian, permusuhan serta dendam politik.
"Jangan lupa bagaimana kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digeledah pada malam pertama Ramadan 2018.
"Oleh itu, saya mengajak Adam Adli dan rakan-rakan dari AMK untuk turut hadir di Istana Kehakiman, Putrajaya menyertai himpunan Solidariti bersama Najib Razak menuntut keadilan.
"Atas keikhlasan dan semangat Kerajaan Perpaduan, maka adalah wajar agar AMK dan sayap pemuda Pakatan Harapan dapat bersama-sama dengan Pemuda BN dalam perhimpunan aman kali ini," ujarnya.
Beliau memberitahu, sudah menjadi tanggungjawab sebagai barisan pemimpin pelapis untuk menegakkan keadilan sistem perundangan negara dan menghentikan amalan dendam politik.
"Ia bukan sahaja merugikan rakyat tetapi juga membazir sumber negara serta mencemarkan kemuliaan institusi kehakiman di negara kita," ulasnya.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment