TPM dedah MoU, apa komen pembangkang?

Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof mendedahkan kandungan memorandum persefahaman (MoU) kerajaan mengenai peruntukan untuk pembangkang selepas PN membuat keputusan sebulat suara untuk menolak draf tersebut, lapor media tempatan.

Ketua whip parlimen kerajaan itu menyifatkan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin bahawa draf tersebut berpotensi menjejaskan beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai "tidak berasas."

"Dengan pendedahan MoU ini, rakyat sendiri boleh menilai bahawa kesemua dakwaan Ketua Pembangkang mengenai draf terbabit adalah tidak berasas sama sekali," Malaysiakini memetik Fadillah   sebagai berkata pada satu kenyataan hari ini.

Draf awal MoU menekankan peranan ahli parlimen pembangkang dalam memastikan semak dan imbang, menawarkan alternatif dasar yang berwibawa, serta memupuk perpaduan nasional.

Sebagai balasan untuk mendapat hak istimewa yang sama di Dewan Rakyat, sumber parlimen dan dana kawasan, ahli parlimen mesti mengisytiharkan harta mereka dalam tempoh 14 hari selepas menandatangani MoU dan mematuhi "Tujuh Prinsip Kehidupan Awam".

Mereka juga perlu mengelak daripada menghasut kebencian, diskriminasi atau keganasan serta bertindak dengan toleransi.

Selain itu, ahli parlimen mesti mengakui Perlembagaan Persekutuan dan demokrasi berparlimen berasaskan maruah dan kesaksamaan untuk semua rakyat Malaysia dan hak asasi manusia serta kebebasan perlu dipertahankan untuk semua, tanpa mengira kaum, agama, bahasa, atau budaya.

Ahli parlimen juga dijangka menegaskan Perlembagaan Persekutuan dan demokrasi di Malaysia menjamin hak kebebasan serta perlindungan yang sama daripada diskriminasi atau hasutan.

Draf MoU ini turut menekankan keperluan untuk ahli parlimen mengecam ucapan kebencian dan hasutan terhadap institusi diraja dan raja-raja Melayu.

Draf kedua MoU berkongsi peruntukan serupa tetapi akan ditandatangani antara kerajaan perpaduan dan blok PN, yang mengikat semua ahli parlimennya.

Menurut Fadillah, kedua-dua draf ini akan berkuat kuasa mulai tarikh tandatangan sehingga pembubaran Parlimen ke-15 atau 19 Disember 2027, yang mana lebih awal.

Katanya MoU ini tidak mengandungi klausa kerahsiaan dan tertakluk kepada undang-undang.

“Memorandum Persefahaman ini secara automatiknya akan terbatal dan pihak yang lagi satu tidak mempunyai sebarang obligasi lanjut yang perlu dilaksanakan menurut MoU ini.

"Ini melibatkan kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang,” katanya lagi.


Lembaga Sidang Pengarang, Pengurusan dan Kakitangan Permadu Malaysia ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia.

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada:

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan