Najib PM terbaik Malaysia? Praaaaaappp!!!!
Suatu yang menghairankan dengan UMNO ini ialah perjuangan sebahagian anggota utama parti itu, termasuk presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketua pemudanya juga, MB Johor dan lain-lain, yang membela dan mempertahankan secara membuta tuli terhadap bekas presiden mereka, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Mereka beria-ia mahu Najib dibebaskan dari penjara, sedangkan keputusan Mahkamah Persekutuan dibuat pada 23 Ogos, 2024, mengekalkan hukuman terhadap Najib, seperti diputuskan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelumnya adalah cermat setelah melalui proses pengadilan yang panjang tempohnya
Apa guna kita bercakap tentang prinsip rukunegara iaitu Kedaulatan Undang-Undang?
Sepatutnya, kita menghormati keputusan kehakiman dan janganlah kita hendak menjadi Hakim pula. Sepatutnya juga, kita menambah lagi jumlah banduan di kalangan bekas-bekas perdana menteri yang terbukti rasuah. Bukan yang sudah masuk hendak dikeluarkan pula.
Kalau beginilah cara UMNO berjuang, memang sah UMNO adalah parti rasuah. Menghairankan juga, DAP yang terkenal tegas memerangi rasuah boleh bertukar menjadi tikus, membisu seribu bahasa.
Yang Encik Anthony Loke Siew Fook benci sangat dengan MCA, apa hal?
Semua ini demi kelangsungan kuasa politik. Kuasa merubah manusia, Kuasa juga boleh menukar pendirian. Sebagainana kuasa mengubah Jokowi!
Memang betul kata penulis blog terkenal Tuan Syed Akbar Ali iaitu semua pemimpin yang ada sekarang sama sahaja, memperjuangkan polisi serupa. Masih di zaman TV hitam putih. Untuk maklumat lanjut, layari blog OutSyed The Box.
Sementara itu, seorang lagi pengkritik terkenal, Puan Mariam Mokhtar, kelihatan bingung bila diberitakan Menteri Besar Johor sebagai berkata Najib adalah PM terbaik Malaysia.
Jom tonton video beliau yang diterbitkan beberapa hari yang lepas:
Apa pandangan anda?
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment