PhD dan profesor Malaysia zaman sekarang


Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) berdepan 7 pendakwaan pecah amanah

Media melaporkan presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Raduan Che Ros (gambar, atas), berdepan tujuh pendakwaan pecah amanah berjumlah RM271,000 di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Raduan sebagai Presiden MPN didakwa melakukan pecah amanah kerana menyalahgunakan peruntukan dengan meluluskan RM33,000 (pada 14 Mac 2023) dan RM38,000 (3 April 2023) ke dalam akaun CIMB milik Encik Kefli Mahpol.

Bagi lima lagi pertuduhan lain, Raduan didakwa atas kapasitinya sebagai pengarah syarikat MPN Global Reach Sdn Bhd yang diamanahkan dengan penguasaan terhadap wang pendahuluan bagi program UKM Shape-MPN Global Reach Sdn Bhd.

Profesor itu juga didakwa menyalahgunakan wang pendahuluan untuk program tersebut - berjumlah RM200,000 - untuk dan diberikan kepada individu sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara 5 hingga 15 April 2024.

Bagi kesemua pertuduhan itu Raduan didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara di antara dua hingga 20 tahun serta denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

Susulan pengakuan tidak bersalah Raduan, timbalan pendakwa raya Encik Law Chin Hau menawarkan jaminan RM70,000 kepada tertuduh dengan syarat tambahan iaitu pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Namun, peguam bela Encik Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memohon supaya jumlah jaminan dikurangkan dan meminta mahkamah mempertimbangkan jumlah jaminan atas alasan reputasi dan imej Raduan sebagai ahli akademik.

"Kami minta sedikit pertimbangan harus diberikan kerana tidak ada sekelumit mengatakan tertuduh menerima faedah peribadi daripada wang transaksi berkenaan.

"Saya mohon mahkamah turut menilai reputasi yang ada pada tertuduh yang beliau ingin pertahankan itu nilai beliau sebenar yang tidak boleh ditukar dengan wang ringgit," katanya seperti laporan BH Online. yang dipetik Malaysiakini.

Raduan dalam rayuannya berkata, dia masih terkejut terhadap pertuduhan yang dihadapinya hari ini.

Hakim Puan Anita Harun membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkannya melaporkan diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada setiap bulan.

Sementara itu, Kefli yang juga seorang penganggur turut berdepan tujuh pertuduhan bersuhabat dengan Raduan untuk melakukan pecah amanah terhadap semua jumlah yang dikaitkan dengannya.

Hakim menetapkan jumlah ikat jamin RM40,000 terhadapnya berserta syarat tambahan iaitu Kefli juga diarahkan melaporkan diri di pejabat SPRM Putrajaya sekali sebulan dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 23 Oktober depan untuk tarikh sebutan dan pengurusan kes berkenaan.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan