Tangan bergari, selebriti usahawan tudung, bekas isteri adik Najib Razak, masuk mahkamah

Selepas dikeluarkan empat waran tangkap, usahawan tudung terkenal, 'Datin Che Puan' Norjuma Habib Mohamed hari ini hadir ke mahkamah dengan tangan bergari, media di Malaysia melaporkan.


Menurut rekod, pada 2005, Norjuma pernah berkahwin dengan Datuk Mohd Nazim Tun Abdul Razak, adik kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata sebelum bercerai.

Tangan bekas pengacara televisyen itu digari sepanjang prosiding mahkamah dan hanya dibuka ketika wanita itu hendak membuat catatan, menurut akhbar Kosmo!

Pada 27 Jun lalu, empat Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap terhadap Norjuma disebabkan dia tidak hadir pada prosiding membabitkan lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat.

Lima hari selepas itu, Norjuma muncul di Kota Bharu, Kelantan untuk pembukaan hotel miliknya.

Pada prosiding hari ini, dua Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur memberi amaran kepada wanita itu selepas tidak berpuas hati dengan alasan diberikan Norjuma mengenai ketidakhadiran menghadapi pertuduhan.

Wanita itu menjelaskan, dia tidak tahu mahkamah mana yang perlu dituju kerana tidak dimaklumkan peguam.

“Mohon maaf puan, saya pergi kaunter Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan maklumat terperinci, kerana saya tidak mengetahui kamar mahkamah berapa, di mana dan apa yang berlaku kerana peguam saya tidak hadir,” katanya tanpa diwakili peguam dan tanpa kehadiran penjamin hari ini.

Bagaimanapun, Majistret Puan Noor Elynna Hanim Abd. Halim tidak menerima alasan tersebut.

Beliau kemudian menaikkan jumlah jaminan daripada RM1,000 kepada RM1,500 dan membatalkan waran tangkap terhadap Norjuma.

“Anggap ini sebagai amaran,” kata Noor Elynna.

Norjuma turut memberi alasan sama kepada Majistret Puan Illi Marisqa Khalizan atas ketidakhadirannya pada tarikh terdahulu.

Illi Marisqa turut tidak berpuas hati dengan alasan itu kemudian menaikkan jaminan daripada kepada RM2,000 sebelum membatalkan waran tangkap. 

“Ini amaran terakhir. Anda perlu pastikan yang tarikh-tarikh selepas ini anda hadir. Jika tidak, waran tangkap akan dikeluarkan atas anda. Anda juga mesti pastikan tarikh dan mahkamah mana yang anda mesti hadir,” kata Illi Marisqa.

Sementara itu, dalam prosiding di dua lagi mahkamah, Majistret Puan Fatin Dayana Jalil dan Puan Nurul Izzah Shaharuddin turut membatalkan waran tangkap dikeluarkan kepada Norjuma sebelum ini.

Keempat-empat Mahkamah Majistret itu menetapkan 26 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Encik R. Harvind, Puan Anis Wahidah Mohamad, Puan Sheryn Yong Shi Yee dan Puan Hamizah Hisan.

Pada 25 April lalu, Norjuma mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat.

Mengikut pertuduhan pertama, Norjuma didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Encik Mohd. Afiq Ismail, 34, di premis perniagaan di Menara Atlan, Jalan Ampang di sini pada pukul 8.43 malam, 21 Februari 2017.

Mengikut pertuduhan kedua, Norjuma didakwa menyebabkan kecederaan dengan menendang betis kaki kiri seorang pengawal keselamatan lelaki warga Nepal, Encik Neupane Tika Ram, di sebuah pusat tuisyen di Bukit Damansara di Lembah Kelang Kuala Lumpur pada pukul 3 petang, 29 Mac 2018.

Bagi pertuduhan ketiga, dia dituduh menyebabkan kecederaan dengan cara menampar pipi dan mencakar tangan Puan Nur Solehah Rosli, 31, di sebuah kondominium di Wangsa Maju pada pukul 10.30 pagi, 18 Oktober 2021.

Tiga pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda mencecah RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi dua lagi kes mengkhianati, wanita itu didakwa merosakkan palang keluar masuk kenderaan dan CCTV milik sebuah kondominium, dengan anggaran kerugian berjumlah RM4,700 di Taman U-Thant di Kuala Lumpur, pada jam 7.44 dan 7.45 malam, 28 Julai 2023.

Pendakwaan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran