Pandangan Tun Faisal — Muzik Kenaikan Harga Diesel Terus Menjadi Siulan Rakyat

Muhyiddin betul, Anwar penipu, rakyat mangsa kenaikan harga diesel, kata orang kuat Muhyiddin

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin tepat menggambarkan kesengsaraan rakyat akibat langkah PM10, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaikkan harga diesel sebanyak RM1.20 atau 56 peratus daripada harga sebelumnya.

Muhyiddin juga benar apabila menegaskan bahawa Anwar menipu dengan mendakwa kenaikan harga subsidi ini hanya akan menjejaskan golongan maha kaya dan warga asing. Hakikatnya, kenaikan harga diesel ini menjejaskan kehidupan rakyat biasa serta meningkatkan kos operasi pesawah, petani, peladang, peniaga kecil, dan kontraktor kecil.

Tidak sampai 48 jam selepas kenaikan harga diesel diumumkan, beberapa sektor telah mengumumkan kenaikan harga perkhidmatan dan barangan masing-masing. Pengeluar konkrit, syarikat penunda kenderaan, dan pekebun sayur di Cameron Highlands adalah antara yang terawal mengeluarkan notis kenaikan harga.

Persatuan Pengusaha Lori Tipper menyatakan kos bahan binaan akan meningkat sebanyak 30 peratus. Terdapat keluhan dari kontraktor kecil mengenai kenaikan harga tanah selori tayar 6 daripada RM180 kepada RM250, yang sudah pasti akan meningkatkan kos pembinaan rumah.

Walaupun tiada notis rasmi, terdapat keluhan pesawah bahawa kos mengerjakan sawah meningkat daripada RM450 serelung kepada RM738 serelung. Sewa traktor meningkat daripada RM80 ke RM120 serelung. Kos pengendalian mesin padi meningkat daripada RM130 ke RM180 serelung. Sewa 'backhoe JCB' pun naik daripada RM450 sehari kepada RM550 ke RM700 sehari.

NGO kebajikan, Malaysian Relief Agency (MRA) menyatakan kegiatan membantu rakyat turut terjejas akibat kenaikan harga diesel kerana kenderaan 4WD yang mereka gunakan untuk mengangkut barangan bantuan menggunakan diesel.

Malah, kerajaan tidak pernah terfikir bahawa lembu korban dan tong gas juga diangkut dengan kenderaan diesel. Dengan kenaikan harga diesel, harga satu bahagian lembu korban meningkat RM100 dan harga satu unit tong gas meningkat daripada RM31 kepada RM35. Tidakkah ini menyentuh kehidupan rakyat biasa, bukan golongan mahakaya dan warga asing?

Kenyataan Muhyiddin mewakili suara rakyat biasa, pesawah, petani, peladang, peniaga kecil, dan kontraktor kecil yang terkesan akibat kenaikan harga diesel. Tidak ada satu perkataan pun dalam kenyataan beliau yang menyebut beliau menyokong penyeludup.

Rakyat dipersalahkan

Seperti yang dijangka, PM10, menteri-menteri, dan kerajaan madani (dibaca mahaldahni) amat defensif, berada dalam penafian ('in-denial') dan bersikap 'kami tidak pernah salah' apabila berhadapan dengan kritikan rakyat dan pemimpin pembangkang.

Dalam mode defensif, mereka dengan pantas melabel dan menuduh pengkritik mereka sebagai menyokong golongan mahakaya, warga asing, ketirisan, dan penyeludupan.

Dalam mode penafian, mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa tindakan mereka telah mengakibatkan kesusahan kepada rakyat, peningkatan harga barang dan peningkatan kos dalam sektor binaan, pertanian, perkhidmatan, dan banyak sektor yang lain.

Dalam mode 'kami tidak pernah salah', yang salah akhirnya adalah rakyat. Bagi mereka, tidak mengapa untuk kerajaan menaikkan harga diesel dan kadar SST dalam sektor logistik. Itu tidak salah. Yang salah tetap rakyat, walaupun mereka terpaksa menaikkan harga barang dan perkhidmatan disebabkan peningkatan kos berikutan kenaikan kadar SST dan harga diesel.

Malah nelayan pun dipersalahkan atas kegagalan kerajaan mengawal ketirisan dan penyeludupan diesel. Walaupun cerita menteri mengenai penyeludupan diesel oleh nelayan ini tidak masuk akal, namun yang salah tetap nelayan dan yang salah tetap rakyat.

Dalam mode 'kami tak pernah salah', mereka gagal menerima hakikat bahawa langkah menaikkan harga diesel ini dilakukan secara tergesa-gesa, tanpa proses libat urus dengan pemegang taruh, tanpa mekanisme yang jelas, dan dengan perancangan separuh masak.

Selepas mengumumkan kenaikan harga diesel, barulah mereka sedar yang mereka terlepas pandang banyak perkara, termasuk mengenai mesin yang digunakan oleh pesawah, petani dan peladang serta kekerapan penggunaan mesin dan kenderaan diesel dalam sektor ini.

Anwar gagal tunaikan janji

Malah mekanisme Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan penentuan had kad fleet pun belum diperincikan dan dimuktamadkan. Selepas dihujani kritikan demi kritikan dan keadaan menjadi huru-hara, barulah wakil kerajaan terhegeh-hegeh melakukan libat urus. Tidakkah ini contoh ketidakcekapan, kebebalan, dan kegagalan merancang kerajaan mahaldahni?

Adakah semua perkara yang disebut tadi adalah mengenai golongan maha kaya, warga asing, ketirisan, dan penyeludupan? Tidak sama sekali. Naratif golongan maha kaya, warga asing, ketirisan, dan penyeludupan adalah naratif ciptaan kerajaan untuk memberi justifikasi kenaikan harga diesel dan penafian hak subsidi rakyat. Ia juga naratif untuk menutup penipuan dan kelemahan penguatkuasaan serta kepincangan perancangan kerajaan.

Hakikatnya Anwar telah gagal menunaikan janji untuk menurunkan harga minyak. Rakyat tidak marah jika Anwar tidak pernah berjanji untuk menurunkan harga minyak 24 jam selepas dia mengangkat sumpah. Rakyat marah kerana Anwar pernah berjanji tetapi tidak mengotakan janji.

Hakikatnya Anwar juga menipu apabila mendakwa kenaikan harga diesel ini hanya memberi kesan kepada golongan maha kaya dan warga asing, sedangkan ramai rakyat biasa terjejas akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan berikutan perancangan separuh masak Anwar.

Adakah Muhyiddin menyokong penyeludup apabila mengkritik Anwar? Tidak. Muhyiddin hanya menegaskan bahawa, pertamanya, Anwar adalah penipu. Keduanya, Muhyiddin mahu menyedarkan Anwar bahawa bukan golongan maha kaya dan warga asing yang terjejas, tetapi rakyat biasa yang menjadi mangsa kepada dasar, perancangan separuh masak dan tindakan Anwar menaikkan harga diesel.


Adaptasi dari sebuah artikel hasil tulisan TUN FAISAL ISMAIL AZIZ, Ketua Penerangan Bersatu Wilayah Persekutuan. Artikel ini dipetik dari Malaysiakini, siaran hari ini, 15 Jun 2024.

End©Permadu

Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...