Siapa malas siapa rajin, bagaimana Anwar nak tentukan tiada pilih kasih di pelbagai jabatan kerajaan?

Kalau boss sayang, pemalas pun akan dinilai rajin

Belum cerita budaya rasuah dan duit kopi

Kenaikan gaji 15% penjawat awam gambarkan adjustment terhadap nilai Ringgit yang jatuh dan tidak akan naik lagi

Bukan penjawat awam pula terasa mereka umpama warganegara tiri

Penjawat awam yang malas dan ada masalah disiplin akan dikecualikan daripada kenaikan gaji secara automatik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, media tempatan melaporkan semalam.

Anwar berkata sistem gaji pada masa ini tidak adil kepada penjawat awam yang rajin memandangkan kenaikan turut diperolehi penjawat awam yang bermasalah.

Justeru, dia berkata kerajaan akan memperkenalkan kaedah agar penjawat awam bermasalah tidak mendapat kenaikan gaji secara automatik di masa akan datang.

"Sekarang (kenaikan gaji) ikut tahun. Kadang-kadang orang itu lembab bekerja, tak hadir (kerja) dan ada masalah disiplin tapi tetap dinaikkan gaji secara automatik.

"Jadi kita nak ingatkan bahawa ia (kenaikan) tidak automatik (lagi).

"Mungkin (kenaikan) automatik buat 95 peratus (penjawat awam yang berkhidmat dengan baik), tetapi empat, lima peratus - yang lembab dan ada masalah - kita akan perkenalkan kaedah agar mereka dinafikan (kenaikan itu).

"Tak adil orang yang kerja bertungkus-lumus dapat kenaikan, yang malas dan lembab pun dapat kenaikan automatik. Jadi (mekanisme itu) harus diberi pertimbangan," katanya ketika berucap di Program Madani Rakyat (Zon Utara) di Pulau Pinang.

Anwar berkata lagi, walaupun kerajaan setuju untuk memberikan kenaikan gaji paling besar dalam sejarah kepada penjawat awam, ia perlu selari dengan peningkatan kecekapan dalam perkhidmatan.

"Tak benar bila orang kata kita naikkan gaji dengan kekalkan kaedah yang ada.

"Kita naikkan gaji dengan reform perkhidmatan awam dari segi tahap kecekapan, keupayaan dan prestasi," katanya lagi.

Pada minggu lalu, Anwar mengumumkan gaji penjawat awam akan dinaikkan lebih 13 peratus bermula Disember tahun ini.

Kenaikan di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang diperincikan itu melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion tahun depan dan tertinggi dalam sejarah.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Dr Rafidah sounds emotional, more like personal grudges