Diserbu peminat kerana disangka Hail Amir

Seorang pakar dalam bidang pembangunan sumber manusia dan hal ehwal modal insan berkongsi pengalaman manis di zaman muda dan bujang kerana berwajah mirip pelakon dan penyanyi berkaliber, Allahyarham Datuk Hail Amir.

Dalam tahun 80an, personaliti ini pernah diserbu agak ramai "peminat" di pusat membeli belah di Ipoh, Perak untuk bergambar dan menandatangani autograf.

Pada masa itu trend berswafoto masih belum wujud.

Untuk tidak menghampakan mereka, beliau tetap melayan sambil memberitahu bahawa dirinya bukanlah Hail Amir.

Lepasan UiTM dan institusi pengajian tinggi dari Jepun itu turut menceritakan ketika berdiri menaiki bas yang penuh sesak, beliau terdengar perempuan yang duduk berbisik kepada kawannya di sebelah, "...Hail Amir-lah..."

Dalam satu kejadian ketika memandu di kampung halamannya, di Tapah, Perak, kereta beliau lekat akibat jalan berlumpur dan tidak boleh bergerak. Agak ramai pemuda kampung datang menolong untuk menolak kereta beliau. Salah seorang bertanya: "Mana Uji Rashid?"

Beliau yang pernah muncul dalam majalah popular Remaja dengan tajuk Lupakan Kahwin Demi Karier itu memberitahu dia sentiasa menjelaskan kepada "peminat" bahawa dirinya bukanlah Hail Amir setelah disangka sebagai pelakon dan penyanyi terkenal itu.

Ketika menghadiri satu majlis kenduri kahwin, beberapa orang wanita yang agak berumur sempat bertegur sapa dengannya.

Salah seorang berkata, "Awak ni macam penyanyi, Mir, tak ingat nama.. Mir?"

Untuk tidak mengelirukan, beliau menjawab: "Bukan Mir makcik, Hail Amir," katanya.

Kelmarin, Malaysia dikejutkan dengan berita insan seni Hail Amir sudah kembali ke rahmatullah. Sejurus selepas berita kematian itu, tokoh ini telah dihujani panggilan dan mesej ringkas melalui aplikasi WhatsApp dari saudara-mara, sahabat handai dan rakan taulan yang mengaitkan dirinya dengan artis veteran itu.

Bagaimanapun, identiti tokoh berprofil tinggi yang berwajah mirip Hail Amir ini masih tidak dapat didedahkan kerana Permadu Malaysia masih belum mendapat kebenaran.

Pendedahan identiti hanya akan dibuat selepas pihak kami memperolehi kebenaran dari tokoh berkenaan.

Artikel ini menjadi satu lagi bukti bahawa seniman Hail Amir mempunyai pengaruh yang besar dalam dunia seni dan kehidupan orang Melayu di Malaysia dan nusantara.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Dr Rafidah sounds emotional, more like personal grudges